Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
9

GPS Holder, Panel Socket & Voltmeter bracket

TayarGolek.Com Tuesday, May 15, 2012 ,

 

Yooosssshhh…!!

 

As salam kengkawan..

Ape cerita hari ini?

Ok..kali ni aku nak share skit pasal modifikasi kat RED VERSYS. Pemasangan ni aku buat di bengkel Lan RS aka Lan CB4 (Presiden Andalas Bikers)  di RS Motorsport, Bukit Tinggi, Klang. Entry sebelum ni boleh click RS Motorsports

 

Aku dah plan lama dah nak pasang..tapi tak terpasang-pasang. Pasang mende tu?

 

Ni aku nak stori ni. Hari ni RED VESYS dah siap dengan pemasangan bracket / mounting untuk:

1)  GPS Holder

2) Panel Socket (Sub Marin Socket Charger)

3) Voltmeter

* Part ni boleh click di iklan  “Item For Sale”.

 

@ RS Motorsports, Bukit Tinggi, Klang.

DSCN1135

Sampai bengkel Lan jer dah ade 2 bijik menunggu. Tapi..appointment dah buat awal, so motor aku dulu ler kene layan..hehe

 

 DSCN1136

RED VERSYS dah masuk bengkel. Selain pasang 3 benda tu, nak service motor sekali. Ni antara persiapan KMS 4 Ahad ni ;)..

 

 DSCN1137

Kerja-kerja mengukur..mencari idea..bermula. Bab2 ‘modi’ ni  + bab2 wiring memey aku percaya kat Lan RS.

 

 

 DSCN1138

..RED VERSYS tengah menunggu sebelum di ‘mod’.

 

 

 DSCN1139

Sebenarnya, ini adalah prototaip untuk bracket GPS Holder, Panel Socket & Voltmeter untuk Versys CBU sahaja. Untuk Versys CKD punye belum lagi dicuba..mungkin dalam masa terdekat ni.

 

 

 DSCN1140

Jangan komen ape2..sebab belum siap lagi. Tapi dah boleh nampak, port untuk GPS Holder + Panel socket.

 

 

 DSCN1142

ok..mcm ni ler bentuk & hasilnye nanti..

 

 

 DSCN1143

..agak2 mcm ni ler kot bile dah letak GPS. Ni kes nak “save cost” ler..kalo duit banyak, tak payah pening2 nak ‘mod’..beli jer GPS Garmin Zumo ;)

 

 

 DSCN1145

Try “ON” GPS jap..owwhhhh! mcm ni..haha.

 

 

Sepatutnye ade satu benda lagi nak pasang iaitu Voltmeter, tapi lambat bagitau Lan RS..tu yang jadi mcm ni..hehehe

 

 DSCN1149

so skg dah complete dgn 3 parts tadi - 1)  GPS Holder ) Panel Socket (Sub Marin Socket Charger) 3) Voltmeter.

 

*Voltmeter ni aku pasang sebagai “precaution” ler org kampung aku panggil untuk sentiasa check tahap kesihatan bateri motor.

Fungsinye – kite boleh nampak setiap hari Voltage pada bateri motor kite..baik ketika menunggan atau idling atau semasa ‘switch ON’. Keadaan bateri yg  normal semasa “engine off” biasanye 11-12V. Jika “engine ON” – antara 14-15V. Sekiranye voltage menjadi rendah lets say <10V ketika   “engine ON”..tu tanda2 bateri nak “KONG” ler tu. Baik tukar bateri cepat2 sebelum tersadai nanti ;). …atau jangan “over charged” which is > 16V. Tu pun something wrong..

 

 DSCN1146

Alrite..setting position untuk 3 benda tu dah kawtim, now masa untuk ‘wiring’. Slow and steady..tapi hasil wiringnye..kite tunggu nanti.

 

 

 DSCN1148

..kerja2 ‘wiring’ memey Lan buat dengan cermat.

 

 

 DSCN1150

70% hampir siap..dari 3 ‘wire’ disusun menjadi 1 host ‘wire’. So takde ler nampak mcm spaghetti beb..!

 

 

Dipendekkan citer..(cehh! ingatkan stori ride jer yg ade ayat ni..haha)

DSCN1152

Dah pun siap sepenuhnye. Masa untuk test..!

GPS power – ON!

Panel Socket – OK!

Voltmeter – ON! –> Bateri RED VERSYS masih dalam keadaan baik.

 

 

DSCN1153

Close-up skit..

 

 

 DSCN1154

..view dari tepi. Now, dah siap dah.

 

So far aku puashati dengan kerja2 ‘keras tangan’ Lan RS nih..kemas & rapi. So sapa2 yang pakai CBU nak pasang mcm ni..boleh cantact Lan RS sendiri yer pasal harga pasang + bracket tu.

Macam mana nak contact? Refer kat bawah:

 

Lokasi: Berhadapan dengan Balai Polis Bukit Tinggi, Klang.

Alamat:

No.9, Lorong Batu Nilam 34/4,
Bandar Bukit Tinggi,
41200 Klang,
Selangor.

Tel: 012-6559632 - Lan RS

 

*Lan – komisyen aku 50%..muahaha

 

Lepas pasang 3 benda ni..aku punyer feeeel dah mcm bawak BMW laaa..hahaha

 

Adios,

-Han-

14

BATTLAX BT023

Yooosssshh….!

 

Salam geng..

 

Masih belum ada citer ride lagi :D. So aku bukak citer lain..lebih kurang citer pasal maintenance untuk RED VERSYS. Kali ni aku nak share info pasal tayar dari segi harga..dan mungkin serba skit pasal ketahanannye atau ‘long last’ org kampung aku panggil.. :P

 

Rasanya dah cukup setahun RED VERSYS menjadi milik aku. Dalam setahun tu..banyaklah ler maintenance yang kene buat. Antaranya, penukaran set tayar  depan & belakang. Sebelum ni, RED VERSYS menggunakan tayar cap MICHELIN PILOT ROAD 2 yang sememangnya khas untuk ‘touring’. Masa amik RED VERSYS tu dulu mileage nya adalah 30,300KM.

Walaupun MICHELIN PILOT ROAD 2 sebelum ni masih ade lagi kira2 30% (belakang) dan 50% (depan)..tapi dgn mileage sebelum tukar iaitu 53, 798KM  aku rasa memang dah patut tukar kot..

 

Long last?

Sebagai rekod..jom kite kire berapa KM Michelin PR2 mampu bertahan. Ini aku kira mengikut ape yang aku guna..tak termasuk owner lama guna sebelum ni.

 

Mileage masa beli : 30,300KM.

Mileage sekarang : 53, 798KM 

Ketahanan : 23, 498KM (ulang-alik pegi keje, pusing Malaysia, Songkla, Betong, HatYai, Koh Samui)

Memang berbaloi gak guna PR2 ni utk orang mcm aku..maksud aku yg gunakan motorsikal untuk kegunaan harian. Dgn gaya tunggangan yang cermat (bukan meroket), tayar Michelin PR2 mampu bertahan hampir 24,000KM..

 

So, masa di Chear Motor, Bkt. Kuda Klang, aku tetap nak guna PR2 lagi. Tapi nasib malang, PR2 takde stock. Yang ade PR3..hmm. “PR3..aku baca review syiok guna time waktu hujan + lebih senyap berbanding PR2..dari segi longlast belum ada info lagi. Tapi aku nak yang long last..!”. Berikut adalah harga yang aku tanya:

 

Harga:

- Michelin Pilot Road 3 : RM1060 (set depan & belakang).

- Battlax BT023            : RM930  (set depan&belakang)

* “L” valve untuk tayar ": RM25 sebiji x 2 = RM50

 

Sedikit gambiran…

IMG_6624

Aku ade bajet RM1000 jer time tu..so aku decide untuk pasang BATTLAX  BT023. Tunggu la lepas ni brp KM BT023 ni mampu bertahan.

 

 

IMG_6626

RED VERSYS dapat tayar baru..Kopak aku!!

 

 

 

IMG_6627

Man Chai tgh check dan pastikan proses penukaran tayar dibuat dgn baik..

Once dah siap pasang, jumlah kene bayar termasuk “L” valve tu : RM980

 

Sekian info kali ini..

 

Adios,

Han

89

ER6N/ER6F/VERSYS maintenance

TayarGolek.Com Wednesday, October 26, 2011 , , ,

Yooossshhhhhhhh…!!

 

Aku harap entry kali ni boleh dijadikan reference atau  kira-kira sebelum decide untuk memiliki motor berkuasa tinggi. Disebabkan email han@tayargolek.com ni kerap menerima soalan yang sama tentang kos penyelenggaraan ER6 mahupun Versys, adalah lebih baik kalo aku buat satu enty khas tentang maintenance ER6 & VERSYS.

 

Segala info harga yang aku tulis adala anggaran kasar atau mengikut pengalaman aku. Sebaik-baiknya, boleh survey atau ushar sendiri mana2 kedai motor.

 

 

Minor Service:

1. Engine Oil

- Bergantung pada brand. Katakan, Semi-syn:  RM40 x 2 = RM80
   - Service dilakukan setiap 3500Km (semi-syn) dan 5000-6000KM (Fully syn).
   - 10w40 atau 15w50? Tips dari otai2..jika selalu long-distance, gunakan 15w50.

2. Oil Filter - ikut kedai. Harga antara  RM45 - RM60   

So, maintenance untuk setiap kali service dari RM120-RM150.
* sesetengah kedai mengenakan 'Labour charge'

 

Anggaran lain-lain parts 'Wear and tear':

1. Tayar (depan + Belakang) = RM900 - > RM1000 (bergantung jenis tayar & brand)
2. Set sprocket + chain = RM450 – RM650. DID x-ring lebih mahal berbanding o-ring.
3. Spark plug = RM60 sebiji x 2 (iridium) / RM120 sebiji x 2 (Ori kawa)
4. Air Filter = RM150

 

Major service ( Valve Clearance):

Jika mengikut manual, Valve clearance pertama perlu dilakukan setelah mencecah 24,000KM . Jadi kos untuk Major service ni kira-kira RM450-RM700 (bergantung harga kedai).

 

Tips lain menunggang untuk mereka yang baru:


1. Baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan.


2. Mulakan dgn perlahan2 - pelan2 kayuh sambil tersengeh2..


3. Rajin2 ler bawak motor tu agar menjadik kebiasaan (familiar) terhadap gaya tunggangan. Ibarat kite berlatih setiap hari.


4. Belajar control motor sikit demi sikit (kelajuan, gear shifting, berat motor, masuk parking, keluar parking, U-Turn dan yg paling penting sewaktu corner)


5. Know your limits - perlu diingat skill tunggangan setiap org adalh berbeza. Apa yg penting kita tau sejauh mana limit kita. Jgn ikut2 org lain - yg penting selamat.


6. Riding gear yg complete.


7. Gunakan 'high-beam' disiang hari agar pemandu kereta 'alert' dgn kehadiran kite.


8. Kelajuan bergantung pada keselesaan dan keberanian diri masing2.

Nota: Kalau duit tu memey dah terlebih2..tak tau nak buat ape, baru ler tepuk dada tgk poket untuk aksesori yang lain.

 

Sekian.

 

Adios,

Han

279

Kawasaki ER6N ER6F 2012

TayarGolek.Com Monday, October 24, 2011 ,
Yooossssh…!!

Aku dalam dilema!!
Pening memikir nak amik motor ape? ER6N/ER6F 2012 ke..atau Versys 2010 ke..atau Versys 1000?Pada entry kali ni..kite citer pasal ER6N & ER6F 2012. (Ducati 795 takde ke? :P)

Sekali lagi KAWASAKI bakal mengeluarkan model terbaru ER6N dan ER6F untuk generasi yang ke-3. Kalo dulu pemilik Generasi Pertama (model 2008) cukup bangga memilikinya. Namun, agak jiwa kacau skit bila ER6N Generasi ke-2 berada dipasaran (model 2009 hingga kini). Dengan beberapa perubahan kecil pada model baru..tapi nampak perbezaan yang agak ketara.

Namun, ianya TIDAK kekal lama..kira-kira 3 tahun (2009, 2010 dan 2011), pemilik ER6N sekarang mula goyah (ayat jiwa kacau sebab model 2012 lebih cun) sebab model 2012 bakal berada dipasaran. Enjin tetap sama kan? Yer..! Enjin tetap sama..tapi jika dilihat dgn mata kasar ni pun..perbezaan pada ‘facelift’ yang sememangnya amat ketara dgn model2 sebelum nih. Aku akui..model 2012 ni memang MENGANCAM!. ER6F 2012 pulak..kelihatan seakan-akan Z1000SX. Ade info yang aku baca, ER6F 2012 ni mempunyai ‘adjustable windshield’? Nanti aku cuba dapatkan info sebenar..
Jika diberi pilihan antara ER6N atau ER6F?..aku akan memilih ER6N. Sebabnya? Nampak lebih ‘street fighter’..segak weeii!! hahaha

Apa yang aku tulis adalah dari pandangan mata kasar jer eh..
Antara perubahan ER6N model 2012:
1) Head Lamp – lebih lebar dan lebih garang dari sebelum ini.
2) Inner Fork cover - ‘fork’ mempunyai cover, mampu mengelak dari terkene serpihan baru, calar..dll.
3) New Chasis – chasis yang baru..berbeza dgn model sebelum ini.
4) Panel Meter – sedikit perubahan pada panel meter dan tempat kunci.
5) Swing arm
6) Tail light
7) Seat
8) exhaust
9) Front Mudguard & bally pan
10) Tank


UPDATE: ER6N 2012 - REAL!!!!!




ER6N 2012:


2012-Kawasaki-ER6nb-small 2012-Kawasaki-ER6nc-small 2012-Kawasaki-ER6nd-small 2012-Kawasaki-ER6ne-small

Kawasaki ER-6n 2012 Specifications
Engine Kawasaki ER-6n 2012
    * Type: parallel twin, 8 valves, dohc, liquid cooled
    * Capacity: 649cc
    * Bore x stroke: 83 x 60mm
    * Compression ratio: 11.3:1
    * Fuelling: Keihin electronic fuel injection, 38mm throttle bodies
Transmission Kawasaki ER-6n 2012
    * Gears: 6
    * Clutch: wet multiplate
    * Final drive: chain
Chassis Kawasaki ER-6n 2012
    * Type: Steel tube, diamond-type
    * Front suspension: 41mm inverted telescopic forks, not adjustable
    * Rear suspension: Offset cantilever monoshock, adjustable preload. Steel swingarm
    * Front tyre: 120/70 x 17
    * Rear tyre: 160/60 x 17
    * Front brake: 2 x 2-piston floating callipers, 300mm petal discs
    * Rear brake: single-piston floating calliper, 220mm petal disc
Dimensions Kawasaki ER-6n 2012
    * Weight: 441lb (200kg) kerb (+ 9lb/4kg, for ABS version)
    * Wheelbase: 55.3in (1405mm)
    * Rake: 24.5°
    * Trail: 4.0in (108mm)
    * Fuel tank: 3.4 gallons (4.1 US gallons, 15.5 litres)
    * Seat height: 30.9in (785mm)
Performance Kawasaki ER-6n 2012
    * Power: 71bhp (72PS, 53kW) @ 8,500rpm
    * Torque: 48.7lb.ft (6.7kg.m, 66Nm) @ 7,000rpm
    * Fuel economy: 50mpg (17.7km/l, 5.65l/100km, 41.6mpg US) est
    * Top speed: 115mph (185kph) est



ER6F 2012:
Antara perubahan ER6F model 2012:

1) New Chasis – chasis yang baru..berbeza dgn model sebelum ini.
2) Panel Meter – sedikit perubahan pada panel meter dan tempat kunci.
3) Swing arm
4) Tail light
5) Seat 
6) Exhaust
7) Windshield – adjustable
8) Tank
9) Side fairing Cover set


Kawasaki_er6f_b2012_01Kawasaki_er6f_2012_01Kawasaki_er6f_2012_10Kawasaki_er6f_2012_19Kawasaki_er6f_2012_25

Kawasaki ER-6f 2012 Specifications
Engine Kawasaki ER-6f 2012
    * Type: parallel twin, 8 valves, dohc, liquid cooled
    * Capacity: 649cc
    * Bore x stroke: 83 x 60mm
    * Compression ratio: 11.3:1
    * Fuelling: Keihin electronic fuel injection, 38mm throttle bodies
Transmission Kawasaki ER-6f 2012
    * Gears: 6
    * Clutch: wet multiplate
    * Final drive: chain
Chassis Kawasaki ER-6f 2012
    * Type: Steel tube, diamond-type
    * Front suspension: 41mm inverted telescopic forks, not adjustable
    * Rear suspension: Offset cantilever monoshock, adjustable preload. Steel swingarm
    * Front tyre: 120/70 x 17
    * Rear tyre: 160/60 x 17
    * Front brake: 2 x 2-piston floating callipers, 300mm petal discs
    * Rear brake: single-piston floating calliper, 220mm petal disc
Dimensions Kawasaki ER-6f 2012
    * Weight: 440lb (204kg) kerb (+ 9lb/4kg, for ABS version)
    * Wheelbase: 55.5in (1410mm)
    * Rake: 25°
    * Trail: 4.2in (106mm)
    * Fuel tank: 3.4 gallons (4.1 US gallons, 15.5 litres)
    * Seat height: 31.1in (790mm)
Performance Kawasaki ER-6f 2012
    * Power: 71bhp (72PS, 53kW) @ 8,500rpm
    * Torque: 48.7lb.ft (6.7kg.m, 66Nm) @ 7,000rpm
    * Fuel economy: 53mpg (18.8km/l, 5.33l/100km, 44mpg US) est
    * Top speed: 125mph (200kph) est


Alrite..serba sedikit ER6N dan ER6F generasi ke-3 (model 2012) versi TayarGolek.Com. Korang yang masih dok pikir nak amik motor ape..masih ade masa lagi untuk terus berfikir. Ingat..! beli motor bukan macam beli baju..boleh tukar anytime. Pilihlah berdasarkan kegunaan dan mengikut bajet..

Adios,
Han.
19

Seri Gading Enterprise

TayarGolek.Com Monday, August 15, 2011 , ,
Yooossshhh…!

Salam Sejahtera..

Sedikit info yang ingin aku kongsi bersama semua pengguna dan peminat motorsikal.

Pernah dengar nama Seri Gading Enterprise?  Pernah? Tak pernah? Meh aku citer skit..
IMG_5008
Seri Gading Enterprise (SGE) adalah salah sebuah kedai motorsikal yang diiktiraf sebagai ‘Dealer Kawasaki’ yang dimiliki oleh Raja Faizal (abg Faizal). SGE telah memulakan beroperasi perniagaannya pada awal tahun 2011 lagi. Lokasinya terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan dengan Kawasan Perindustrian Bukit Raja.

Ni alamat penuhnya. So sape2 nak pegi..boleh pegi terus. Tak yah takyah tanye aku lagi dah ;)

NO.10 GF, JALAN KELULI AK7/AK, PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RAJA, SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
NO.TEL: 03-3344 8919

Antara lain yang terdapat di SGE:
1) Showroom
2) Urusan Jualan motorsikal
3) Service
4) Riding Gear
5) Spare Part.

Kalo korang nak tau, mekanik kat SGE ni adalah ex-Kawasaki HQ..korg kenal Boy Kawa? Kalo kenal..haaa dia ler mekanik utama SGE.

Serba skit gambiran di SGE..
IMG_5006
Showroom luar..

 IMG_4999
Showroom dalam


IMG_5001
Reception

IMG_5000
Ruang dalam untuk Riding Gear..

IMG_5002
 IMG_5003
 IMG_5005   

IMG_5014
Ruang menunggu..kalo korang service motor.

Hari tu aku ade buat ‘valve clearence’ kat Red Versys aku. Nanti aku citer di entry yang lain.
Ape2 hal boleh roger terus 03-3344 8919  atau Abg Faizal (012-2888 325).  Jangan tanya aku..aku malas nk layan..muahahaha…larikkkkkkkk!

Adios,
Han
415

Tips Sebelum membeli motor berkuasa tinggi

TayarGolek.Com Monday, November 1, 2010 ,
Yooossshh...!!

Salam geng..harap semua sihat2 belaka.

Dah 10 hari rasanya tayargolek terbiar..al-maklum ler skg busy skit sebab skg aku dh mula bekerja semula. Nak kene tune balik mode tu ke "working mode". Tu yang pening2 skit sebab penangan 4 bulan lebih punyer MC. Bile start keje plak..dh rasa mcm org baru plak ditambah dgn blur2 nye lagik..

Lupakan pasal tu..kali ni aku nk bg tips skit lah perkara2 perlu diambil kira sebelum membeli motor idaman kalbu.
Maksud "motor" kat sini adalah motor yg berkuasa tinggi ler..harap2 boleh dijadikan panduan bagi mereka yg dah mula terjebak ke dunia permotoran..hehe

Antara perkara2 yg perlu dititikberatkan adalah seperti:

* Tujuan  
- Kenal pasti apakah tujuan anda membeli motorsikal. Adakah utuk daily use?
atau pun sbg weekend/monthly/yearly bike sahaja? atau saje2 beli? :P

* Kegunaan
- Apabila anda sudah mengenalpasti tujuan tersebut, maka buatlah pilihan mengikut kegunaan.
- Bila dh tahu minat & kegunaan anda terhadap motor tu mcm mana..so dpt lah membuat pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri..samada moto tegak, moto tonggek atau motor kangkang. Dgn itu, terhindarlah kes jual motor yang baru dipakai 2-3 bulan gara2 tak menepati citarasa
.
 note: ade juga sesetengah nye yg suka tukar2 motor sekadar nak rasa jer..tu dah kes lain eh!!

* Bajet
- buat kire2 belanjawan dulu sebelum beli samada boleh atau tidak membeli motor tertentu.Tgk2 ler poket sendiri dlu..haha
- Pastikan anda juga mampu 'saving' duit utk masa depan walaupun sudah memiliki motor idaman.
- Kalo ngam2 jer bajet bulanan..lupakan dulu lah sbb kite perlu utamakan mana2 yg penting dahulu..jgn pasal motor blh "missed soru".

Perlu diingat!! Bajet utk motor bukan hanye duit bayar bulanan sahaje yer!! tetapi kene  standby jugak duit maintenance atau parts wear & tear, roadtax & insurance.


* Duit
- Dgn duit yg anda miliki..terpulang pd diri sendiri utk membeli secara tunai atau pun secara ansuran bulanan.
- Kalo tunai tu mmg takde masalah. Tp yg buat loan tu kene buat la research dulu bank mana yg memberi % interest yg  rendah.
- Kiraan bayaran bulanan ade kat sini http://www.tayargolek.com/2010/09/kalkulator-bayaran-bulanan-motor.html


* Lesen B
- Semestinya Lesen B kene ada utk cc >250.
- Kalo tak de lesen B tak blh bawak motor ke? BOLEH..tetapi dari segi undang2 jalanraya TAK BOLEH ler! Perlu diingat sekiranya berlaku ape2 kejadian yg tak diingini berlaku.."sendri tanggung ler"..lebih2 lagi yg bawak pillion.
- Atau selepas dh beli motor baru amik lesen pun OK jugak (ni kes aku ler.
- Pasal lesen B full, blh refer kat sini http://www.tayargolek.com/2009/12/lesen-b-full.html


* Riding gear
- Perlu ker riding gear sebelum beli motor? ini pun bergantung pd lebihan duit masing2. Kebiasaanya, riding gear ni beli bile dh dpt motor..hehe
- Tp mcm aku dulu..naik motor kecik pun pakai riding gear. So, dpt motor takde ler gelabah semua nk beli baru..;)

Faktor2 lain :
* maintenance - kene amik tau ski\tentang kos maintenace motor terutama EO & OF yang mana motor diservice setiap 5000km.

* Harga sparepart - mahal ke..murah ke..berpatutan ke? yang pasti parts wear & tear adalah sgt2 penting utk dikira-kira spt tayar, set rantai + sproket..dll.

* Pilihan motor - refer point no.1&2. selain ikut capability diri sendiri..yg penting jiwa anda sendri terhadap motor dan kemampuan $$ anda.

* Lakukan survey - survey2 ler 3-4 kedai sebelum beli (samada baru or 2nd. Skg pun forum dah banyak..carik jer info dlm tu sebelum bertanya.

* Jika motor 2nd hand - se-elok2nya bawak lah sorg kawan yg betul2 tau pasal motor. Ramai2 tak digalakan takut terlalu byk sgt pendapat blh jadi confuse.

* Ukur baju sendiri - Senang cerita..ikut kemampuan masing2 la yer.

                   
Ini  hanyalah  sebahagian panduan sebelum membeli motor versi TayarGolek.Com. Kalo ade yg lain2 blh share2 kat sini sebagai panduan bersama terutamanya kpd mereka yg betul2 memerlukan info sebelum terjebak kedunia permotoran.
Harap dapat membantu..

Note: Tak kiralah ape jenis motor yang korang pakai.. atau brp cc motor..mahal mahupun murah motor yg korg bawak..yg penting kita perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain tu persahabatan tu pun penting juga ;)

Adios,
-Han-
1

Info: Johor International BikeFest 3-5 Disember 2010

TayarGolek.Com Wednesday, October 20, 2010

Yooosshhh…!!

 

Kepada yg berminat, boleh ler plan dari sekarang.

 

Johorbikeweek

 johorbikeweek2

Kredit to Johor Bikers. Untuk lain2 info, sila lawati http://www.johorbikers.com

Jom ramai2 kite pakat2 serbu Negeri Johor nanti..

Adios,

-Han-

1223

Bajet kiraan bayaran bulanan motor

TayarGolek.Com Saturday, September 4, 2010 ,
Yooosshhh…!!
Salam Ramadhan semua.
Yer..yerr!! aku tau..mmg lama aku tak update blog TayarGolek.Com ni sehinggakan ade yg hntr email kat aku..hahaha. Ape2 pun aku ucapkan Terima Kasih kerana sudi mengunjungi “The blog of Rides TayarGolek.Com”. Niat nak update mmg ade..tp takde langsung kaitan dgn permotoran atau pun rides/tts..jadi aku tak nak ler update yg bukan2..yg ntah ape2 (orang kata merapu)..Tunggu aku sihat eh!

Ok..aku nak share skit cara kiraan utk bajet korang sebelum membeli motor. Entry ini aku buat sbb dpt banyak email dr peminat TayarGolek.Com utk mendapatkan anggaran bayaran bulanan utk sebuah ER6N atau ER6F. Aku tau..ramai yg tgh panas tgk motor ER6N/ER6F skg nih. Walaupun dh pasang niat nak beli..kite kene tau juga bajet bulanan yang perlu dibayar..dan perlu dimasukkan dlm bajet kewangan korang.

Tapi sebelum tu..ade 3 cara korang nak beli motor..
Pertama:
- Korang memang ditakdirkan kaya atau beruang berwang dan mampu beli cash! so no issue kat sini. Celah gusi jer RM40,000 tu kan.. :D

Kedua:
- Melalui pinjaman peribadi (Personal Loan) – bergantung jugak ko keje swasta or gomen. so zahirnya dpt beli cash jugak walaupun batinnya tetap berhutang dgn bank.

Ketiga:
- Pinjaman bank dgn cara ‘hire purchase’. Yang ni bayar bulanan mcm kite beli kereta ler..

So, kiraan dibawah adalah utk mereka yg berhajat menggunakan cara yang KETIGA (Hire Purchase).

Sebelum start kiraan..kene survey dulu lah ape2 yang perlu. Ape yg korang perlu tahu adalah:
1. Harga OTR sesebuah motor. Anggap harge motor OTR bagi ER6N adalah RM34,000.
2. Interest % bank..aku letak 5% lah.
3. Down Payment atau duit muka..katakan RM10,000
4. Tempoh bayaran..katakan 5 tahun.

Cara kiraannya:
1. Jumlah Loan yang bank approve.
    (HARGA OTR) - (DOWN PAYMENT) = JUMLAH KASAR LOAN
    RM34,000 - RM10,000 = RM24,000

*JUMLAH KASAR LOAN belum termasuk interest.


2. Kiraan interest 5% selama 5tahun dari "JUMLAH KASAR LOAN"
    Kita dapatkan dulu interest utk 1 tahun.
    (JUMLAH KASAR LOAN) x INTEREST X 1 = NILAI INTEREST 1 TAHUN
    RM24,000 x 5% x 1 tahun = RM1,200 (utk 1 tahun)


   * Maka, RM1,200 x 5 tahun = RM6,000 (Jumlah interest utk 5 tahun)

3.  Kiraan JUMLAH BERSIH LOAN
   (JUMLAH KASAR LOAN + (Jumlah Interest utk 5 tahun) = JUMLAH BERSIH LOAN
    RM24,000 + RM6,000 = RM30,000


  

4. Bayaran bulanan:
    #5 tahun ( 5 x 12 bulan= 60 bulan)
   (JUMLAH BERSIH LOAN) / JUMLAH TEMPOH BULAN = BAYARAN BULANAN
   RM30,000 / 60 bulan = RM500

* RM500 korang kene bayar utk sebulan selama 60 bulan (5tahun)

Dah pun dapat anggaran bajet bulanan..so amacam? harap dapat membantu dalam bajet kewangan bulanan korang nanti.
Kiraan aku dh bagi..selebihnya korang check poket masing-masing. Tepuk poket..tanye hati, pilih lah motor mengikut kemampuan kita..

Nanti aku bagi tips bajet utk maintenance pulak..so rajin2 ler singgah sini ;). Ppe hal bleh email aku di han@tayargolek.com


Adios,
-Han-
3

Kawasaki ER6F 2009/2010 Recall!!

TayarGolek.Com Thursday, July 22, 2010

Yooosshhh..!!

 


Kawasaki is recalling Ninja 650R motorcycles due to linkage/pedal issues.
On certain model 2009 EX650 C9F/Fl and certain 2010 EX650 CAF/FL Ninja 650 motorcycles, the right rear portion of the lower cowling can interfere with the operator's foot while in the process of applying the rear brake.


If this happens, the rider can be distracted, and possibly crash.


Dealers will install an updated footrest guard and fairing bracket free of charge. The safety recall is expected to begin on or before July 19, 2010.


Owners may contact Kawasaki consumer serives department at 1-866-802-9381.

or

You may contact David (KAPAR MOTORS) at 016-3375888 to get replacement.

 

Action to be taken:

kawa recall

kawa recall

 

kawa recall

 

 

Thanks..

Adios,

-Han-

7

DNA Air filter for ER6N/ER6F

TayarGolek.Com Tuesday, March 16, 2010

Yooossshhh..!!

Salam geng..

 

Have you ever heard DNA air filter for ER6N/ER6F?

For me..YES. I heard it before..this is a ‘Performance Air Filter’. But, I never seen it yet lah..I plan to get it too. When? I pon dunno lah..tggu dpt duit terpijak..hehehe

 

One of the FERNO’s frens already installed on his bike. It’s a bit pricy..as per info, the price is RM300 at Chear Motor, Jln Pahang. Other place NOT sure plak..

The things that I noticed..it has very high flow rates, low restriction, superior dust holding capability, smoothens out the air flow stream and lasts a lifetime.

 

So how’s the performance?? Anyone got info?? share with us here??

 

DNA filter pic looks like this..

 

P-K6N06-01

DNA Air Filter for ER6N/F

 

Features:

- High Performance!
- Long Life
- Taking care of enviromnment
- Taking Care of the Filter

 

How’s it works??

plaisiooval

 

1. Dirty & turbalent air enters the filter
2. DNA's next generation multilayer cotton gauze oil impregnated material
3. Dirt stays on the outside layers of the filter
4. Special oil produces a static charge to the cotton media
5. Epoxy coated Marine grade aluminum wire mesh
6. High performance is achieved by the clean & smooth air stream that enters the engine

 

For further info, you may go here http://www.dnafilters.com/main.asp

Adios…

-Han-

0

Plan Ride ke Kelantan 2-4 April 2010

TayarGolek.Com Monday, March 8, 2010
Yooossshh...!!

Baru-baru ni FERNO ade plan ukt ride Kelantan. Pada asalnya ride ke Kelantan ni lebih kepada Kelantan Bike Week. Tetapi pikir2 balik kalo ikut program diorg mmg tak jalan mana2 ler.

So aku ade bg cadangan yg FERNO buat program sendiri dan lebih kepada "Jalan-jalan ke Kelantan". Tapi sambil2 tu blh la singgah ke Kelantan Bike Week tu nanti.

Program dah pon dikeluarkan. Aku just buat draft je utk program ride tu..tapi telah diupdate oleh Bro Abeycuak (FERNO) selaku Tuan Tanah ride ke Kelantan nanti.

Antara program 2-4 April 2010 nanti mcm kat bawah. Setakat ni dah 15 org + 1 pillion termasuk lah aku yg akan menyertai ride ini.

Ni aku just copy & paste dr forum..

Ride: Jalan2 ke Kelantan sempena Kelantan Bike Week
RV: BK Petronas sebelum tol Gombak
Time: 08:30 am
Tayargolek: 09:30 am - sape lambat tinggal


Penginapan: Tido kat rumah Abey -  (rumah ni mmng kosong) mak aku balik pon sekali sekala utk
 kemas je.Rumah cukup selesa ,setakat nk tido 30 org memang muat.Sapa 2 nk bwk bini boleh tido dlm bilik.Ada 4 bilik kosong)



Program Day 1: Jumaat (2/4/2010)

Siang hari - ni mgkin perjalanan ke Kelantan.
Route: Bentong- Raub-Kuala Lipis -Gua Musang- Kota Bharu

Ptg - rehat2, checkin, minum2 kt Pantai Irama Bachok.
Malam hari - ronda2, makan

Program Day 2:  Sabtu (3/4/2010)

Pagi:

- Breakfast/panas enjin moto dan terus shoot ke Rantau Panjang/Pengkalan Kubor (lokasi kawasan bebas cukai)

- Pukul 3 terus ke Bike Week Kelantan

Malam - jalan2 pusing Kelantan di sekitar Kota Bharu/Wakaf Che Yeh (Pasar Borong Tersohor).Habis je aktiviti beli cd dikir barat kita makan dan terus pulang ke rumah penginapan.

Program Day 3: Ahad (4/4/2010)

pagi:
- Breakfast di Pekan Jelawat (Macam2 jenis nasi dan kueh).
- tayargolek balik KL - melalui Ketereh -Tanah Merah-Kuala Krai..

Insyallah sampai KL dalam sebelum maghrib.Route terpulang pd majoriti samada Gua Musang - Simpang Pulai atau Grik - Tasik Banding.


So, sape2 nak join blh email gue han@tayargolek.com  - nnti aku bg nama korg kt Bro Abey..

SMS wa tak layan k..
 
Copyright 2010 TayarGolek.Net