Showing posts with label Kawasaki Versys. Show all posts
Showing posts with label Kawasaki Versys. Show all posts
78

Sedikit berbeza..tapi amat ketara – Kawasaki Versys

TayarGolek.Com Wednesday, December 15, 2010
Yooooossshhh…!
Salam geng..

Pertama kalinya aku nak ucap Terima Kasih buat kawan2 yang wish ‘Congrats!’ kat aku pasal menunggang Versys ni. Walau pun ‘baru..tapi lama’ aku sgt bangga sebab memiliki motor yang aku minat & kene pada jiwa..

Tak dinafikan, Kawasaki Versys ni dah lama berada dipasaran Malaysia..tapi tak tau plak sejak aku pakai dalam 2 minggu ni ramai yang suruh aku buat review plak?hehehe..ramai lagi otai2 versys bleh share info. Mungkin kelebihan aku sebab ada platform ‘TayarGolek.Com’ yg mana semua org boleh baca & selak2..tak perlu register id kot? Tp yang pasti..aku bukan nak ‘meracun’ atau ‘mentuba’ utk Versys pulak.. :P

Ok..tak mau sembang panjang ler..aku share skit pengalaman menunggang Versys compare dgn ER6N sebelum nih. Ini adalah mengikut pengalaman & pendapat peribadi aku tau..

  • Ketinggian – Versys lebih tinggi dgn ER6. Tunggangan dijalanraya lebih selesa dan stabil (boleh nmpak jelas kenderaan dihadapan)
  • Handling – lebih mudah dicontrol lebih2 lagi bile cornering. Tak perlu senget2 montot..pulas jer throttle sure dia ikut. Memang ketara berbanding ER6.
  • Seat – seat lebih lebih lebar & empuk. Sesuai banget utk long distance.(Bakal dicuba kelak)
  • USD fork – sistem suspensi ‘up-side-down) mampu menyerap hentakkan berbanding ER6. Lebih2 lagi bile melalui jalan yg kurang rata. Korang sure tak belh tido malam punye bile dah merasainya :) (racun skit).
  • Handle bar – handle bar yang lebih lebar dan agak tinggi skit berbanding ER6 menjadikan gaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikawal selain posisi badan yang lebih menegak. Selain tu..nampak lebih ‘macho’ ler..kahkahkah
  • Besar tapi lebih ringan – ni pendapat aku eh..sizenye nampak lebih besar tapi bila sudah ditunggang, terasa lebih ringan.
  • Speed -  motor ni dicipta bukan utk kelajuan atau ‘tork’ yang tinggi. Tapi stakat ni aku dah cuba sehingga kelajuan 200km/j..boleh pulas lagi cuma aku rasa kurang selesa sebab moto ni tinggi (ni info buat korang yg sibuk tanye pasal speed).
  • Tork – tork agak kurang berbanding ER6..tapi boleh belasah dgn kelajuan yg selesa.
  • RPM – RPM agak rendah berbanding ER6. Kalo speed 145km/j..RPM utk Versys hanye 6500rpm sahaja. So minyak save kot?heheh
  • Tank – 19liter utk Versys. kalo stakat perjalanan 400KM..rasanya skali isi jer dah cukup. 19Liter petrol kira2 RM40.
  • Size tayar – size tayar depan/belakang adalah sama dgn ER6.
  • Panel Meter – Panel meter yang menarik: ODO digital, RPM analog, clock, fuel gauge dan 2 trip set..
  • Touring stylo – lebih bersifat ‘touring’..so orang tak kisah samada ko bawak slow ke atau laju ker..takde kes main cucuk-cucuk angin..hehehe.
Tu serba sedikit perbezaan antara ER6 dgn Versys. Bagi mereka yg bukan ‘kaki meroket’ dan tak kisah dgn kekurang ‘tork’..aku rasa korang memang sesuai dgn motor ni.
Pengalaman menunggang selama 2 minggu ni..so far aku dah dapat 3 ‘thumb up’ dari orang yang memandu kereta ketika di stesen minyak..dan sorang warga asing “Nice bike huh!!”..selain dpd tu..confident level aku ketika menunggang mula meningkat (selepas fobia dek eksiden yg lalu) disebabkan dgn ‘kestabilan’ ketika dijalan lurus..jalan tidak rata maupun berliku. Tapi yang penting “KNOW YOUR LIMITS OK!!”

Lastly, 2 minggu pengalaman menunggang..aku dapati ‘Versys’ adalah pilihan yang tepat utk aku. “Saya sangat sukaaa..”
p/s: Kawasaki Malaysia kene bayar kat aku ni weii..free2 jer wat review!! hahaha

Adios,
-Han-
23

“Baru…tapi lama”

TayarGolek.Com Tuesday, December 7, 2010
Yoooosshhh…!!
Salam sejahtera buat semua rakan2 sepermotoran & peminat TayarGolek.Com..

Hmmm..nak citer ape hari ni??
OK lah..aku nk citer skit al-kisah “Baru tapi lama..”. Ape maksud tersirat & tersurat qoute ni eh??
Ceritanya mcm ni..semalam genaplah  aku menunggang motor Kawasaki ER6N selama 1 tahun 8 bulan 3 hari. Lama juga nak buat perhitungan. Lepas fikir punya fikir..keputusan demi keputusan dibuat..dilema demi dilema..last2 aku amik keputusan jugak utk memiliki motor yang lain. Dengan itu  dan ER6N putih tu selamat dilepaskan…walaupun banyak berjasa & kenangan2 pahit manis bersama (cehhh!! ayat jambu siut)

Kenapa? Problem ke ER6N tu???
owhhh TIDAK!! kesedapannya masih terserlah..Ride penutup ke Tasik Chini bersama ER6N putih tu adalah buktinya! Mampu meredah 'off road'..seberang sungai naik bot..Tak ade rasa lain pun tetap mcm dulu. Mungkin itu sudah suratan takdir..Sememangnya jodoh aku dgn ER6N tak berpanjangan..walaupun sayang terpaksa di’lepas’kan jugak sebab minat yg begitu mendalam pada “touring style”. Lepas ni kalo korang nak berdesup..korangg jalan lah dulu eh! hehehe..

Hupgrade ke??
Bukan “hupgrade”!! Tak..tak!! Tak “upgrade” pun..CC masih sama, jenis enjis masih sama. Cuma kali ni aku memiilih posisi menunggang yg lebih kearah “touring”..ER6N pun boleh dibuat touring jugak. Tapi..ntahh susah nak cakap ler..dah minat dgn motor tu, nak buat camner kan???

Jadi..sebagai penggantinya, inilah motor aku skg..Kawasaki Versys model 2007.Inilah motor baru tapi lama..motor lama tapi baru beli..hehe

02122010201 “Baru..tapi lama..”

Errrr..kenapa tak tunggu ke Versys 2010 (CKD)??
Hmmm..mcm ni lah, ER6N aku dulu adalah versi CKD..kali ni nak jugak rasa pakai motor CBU pulak..hehehe. Satu lagi..harga yg ditawarkan kat aku adalah amat menariksss sekali..jadi ini lah peluang yang patut aku amik. Nak beli mahal2 tak mampu ler..

Takpe ler..mgkin ini jer rezeki yang aku ada sempena Awal Muharram 1432 . Selebihnya saving utk masa depan ;). walau ape pun, Condition still tip top dan owner sebelum ni pun..asyik simpan kat rumah jer motor ni dpd dibawa berjalan-jalan. So lepas ni..aku akan bawak berjalan-jalan eh…! :D

Neway, Thanks alot to David Kapar Motor..very appreciate for your help!! Segala urusan berjalan lancar di Kapar Motor.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432.."..semoga apa yang telah berlaku sebelum ini dijadikan kenangan dan pengajaran..dan jadikan perkara yg bakal berlaku sebagai cabaran.."

Adios,
-Han-
 
Copyright 2010 TayarGolek.Net