Showing posts with label Info Harga. Show all posts
Showing posts with label Info Harga. Show all posts
7

Throttle Assist

TayarGolek.Com Monday, April 9, 2012 ,

Yooosshhhhhhhhh…!

Salam Sejahtera beb..

 

Pernah dengar “Throttle Assist”?

Sebelum ni aku cuma tau benda tu jer..tapi tak tau apa nama benda alah tu. Skg baru tau.. :)

 

Throttle assist

 

Sekarang RED VERSYS dah pakai “Throttle Assist”. So, lepas ni lebih relax ketika memulas '”throttle” lebih-lebih lagi bile ride yang jauh (Long Distance).

 

Harga?

Tak mahal pun..RM20 jer seunit.

Sape2 yang berminat bleh contact aku..limited stock!

 

Adios,

-Han-

11

EK ‘O-Ring’ Chain

TayarGolek.Com Monday, April 2, 2012 ,

Yooossshhh…!!

Salam Sejahtera semua..
Takde stori ride ke? Opss..! belum lagi. Nampaknye masih belum ready lagi nak update pasal stori ride.. :)


Entry kali ni aku nak share skit pasal “Info Harga”. Macam yang aku war2kan di page FB TayarGolek.Com sebelum ni, rantai RED VERSYS dah berbunyi dah! Rantai cap “DID X-Ring” baru jer guna 26,000KM + scottoiler. Tapi jangka hayatnya tak seperti yang dijangkakan. Aku target2 jangka hayat DID X-Ring tu atleast boleh mencecah 45,000KM.

Ntah ler..mungkin DID X-Ring yang aku pasang di kedai K*ngk*ng tu tak ‘ori’ kot..? Tapi pada aku still berbaloi ler dgn harge RM380 (set sprocket + chain) dapat berjalan sejauh 26,000KM+.


 28032012981
So, demi keselamatan (takut rantai putus), baru2 ni aku pegi tukar rantai baru untuk RED VERSYS nih kat WELLY KLANG (Meru) sobab eh..dokek yo dengan umah den.. :). Nasib baik time ni takde banyak motor..so sampai2 jer terus park motor.


Try gak kasi ‘adjust’ dulu rantai tu..sebab rantai masih lagi baik dari zahir nyer ler..batin nye nak kene ushar lebih ler :P. Tapi..memey tak boleh diselamatkan dah..bahaya kalo terus pakai!



Jom kite tengok skit mileage RED VERSYS skg..

28032012982
OK..gambiran atas ni mileage masa tukar rantai hari tu ( blur plak dah)


Kiraan:
Mileage tukar rantai (sebelum)  : 41 200KM
Mileage tukar rantai (sekarang) : 67 178KM
Perbezaan                                 : 25 978KM



28032012983
So, aku decide untuk mencuba pakai “EK Motorcycle Chain DID O-Ring 520v”.

Harga?
Harga asal : RM237.
Lepas diskaun : RM230 ( rantai sahaja)

28032012984
Kerja2 memasang rantai baru untuk si RED VERSYS.

Kali ni aku tukar rantai jer..sebab sproket masih dalam keadaan yang baik. Jadi..jangan membazir. Simpan duit lebih tu untuk pegi ride seterusnya..hahaha.

Thanks for reading..

Adios,
-Han-
14

BATTLAX BT023

Yooosssshh….!

 

Salam geng..

 

Masih belum ada citer ride lagi :D. So aku bukak citer lain..lebih kurang citer pasal maintenance untuk RED VERSYS. Kali ni aku nak share info pasal tayar dari segi harga..dan mungkin serba skit pasal ketahanannye atau ‘long last’ org kampung aku panggil.. :P

 

Rasanya dah cukup setahun RED VERSYS menjadi milik aku. Dalam setahun tu..banyaklah ler maintenance yang kene buat. Antaranya, penukaran set tayar  depan & belakang. Sebelum ni, RED VERSYS menggunakan tayar cap MICHELIN PILOT ROAD 2 yang sememangnya khas untuk ‘touring’. Masa amik RED VERSYS tu dulu mileage nya adalah 30,300KM.

Walaupun MICHELIN PILOT ROAD 2 sebelum ni masih ade lagi kira2 30% (belakang) dan 50% (depan)..tapi dgn mileage sebelum tukar iaitu 53, 798KM  aku rasa memang dah patut tukar kot..

 

Long last?

Sebagai rekod..jom kite kire berapa KM Michelin PR2 mampu bertahan. Ini aku kira mengikut ape yang aku guna..tak termasuk owner lama guna sebelum ni.

 

Mileage masa beli : 30,300KM.

Mileage sekarang : 53, 798KM 

Ketahanan : 23, 498KM (ulang-alik pegi keje, pusing Malaysia, Songkla, Betong, HatYai, Koh Samui)

Memang berbaloi gak guna PR2 ni utk orang mcm aku..maksud aku yg gunakan motorsikal untuk kegunaan harian. Dgn gaya tunggangan yang cermat (bukan meroket), tayar Michelin PR2 mampu bertahan hampir 24,000KM..

 

So, masa di Chear Motor, Bkt. Kuda Klang, aku tetap nak guna PR2 lagi. Tapi nasib malang, PR2 takde stock. Yang ade PR3..hmm. “PR3..aku baca review syiok guna time waktu hujan + lebih senyap berbanding PR2..dari segi longlast belum ada info lagi. Tapi aku nak yang long last..!”. Berikut adalah harga yang aku tanya:

 

Harga:

- Michelin Pilot Road 3 : RM1060 (set depan & belakang).

- Battlax BT023            : RM930  (set depan&belakang)

* “L” valve untuk tayar ": RM25 sebiji x 2 = RM50

 

Sedikit gambiran…

IMG_6624

Aku ade bajet RM1000 jer time tu..so aku decide untuk pasang BATTLAX  BT023. Tunggu la lepas ni brp KM BT023 ni mampu bertahan.

 

 

IMG_6626

RED VERSYS dapat tayar baru..Kopak aku!!

 

 

 

IMG_6627

Man Chai tgh check dan pastikan proses penukaran tayar dibuat dgn baik..

Once dah siap pasang, jumlah kene bayar termasuk “L” valve tu : RM980

 

Sekian info kali ini..

 

Adios,

Han

89

ER6N/ER6F/VERSYS maintenance

TayarGolek.Com Wednesday, October 26, 2011 , , ,

Yooossshhhhhhhh…!!

 

Aku harap entry kali ni boleh dijadikan reference atau  kira-kira sebelum decide untuk memiliki motor berkuasa tinggi. Disebabkan email han@tayargolek.com ni kerap menerima soalan yang sama tentang kos penyelenggaraan ER6 mahupun Versys, adalah lebih baik kalo aku buat satu enty khas tentang maintenance ER6 & VERSYS.

 

Segala info harga yang aku tulis adala anggaran kasar atau mengikut pengalaman aku. Sebaik-baiknya, boleh survey atau ushar sendiri mana2 kedai motor.

 

 

Minor Service:

1. Engine Oil

- Bergantung pada brand. Katakan, Semi-syn:  RM40 x 2 = RM80
   - Service dilakukan setiap 3500Km (semi-syn) dan 5000-6000KM (Fully syn).
   - 10w40 atau 15w50? Tips dari otai2..jika selalu long-distance, gunakan 15w50.

2. Oil Filter - ikut kedai. Harga antara  RM45 - RM60   

So, maintenance untuk setiap kali service dari RM120-RM150.
* sesetengah kedai mengenakan 'Labour charge'

 

Anggaran lain-lain parts 'Wear and tear':

1. Tayar (depan + Belakang) = RM900 - > RM1000 (bergantung jenis tayar & brand)
2. Set sprocket + chain = RM450 – RM650. DID x-ring lebih mahal berbanding o-ring.
3. Spark plug = RM60 sebiji x 2 (iridium) / RM120 sebiji x 2 (Ori kawa)
4. Air Filter = RM150

 

Major service ( Valve Clearance):

Jika mengikut manual, Valve clearance pertama perlu dilakukan setelah mencecah 24,000KM . Jadi kos untuk Major service ni kira-kira RM450-RM700 (bergantung harga kedai).

 

Tips lain menunggang untuk mereka yang baru:


1. Baca Bismillah sebelum memulakan perjalanan.


2. Mulakan dgn perlahan2 - pelan2 kayuh sambil tersengeh2..


3. Rajin2 ler bawak motor tu agar menjadik kebiasaan (familiar) terhadap gaya tunggangan. Ibarat kite berlatih setiap hari.


4. Belajar control motor sikit demi sikit (kelajuan, gear shifting, berat motor, masuk parking, keluar parking, U-Turn dan yg paling penting sewaktu corner)


5. Know your limits - perlu diingat skill tunggangan setiap org adalh berbeza. Apa yg penting kita tau sejauh mana limit kita. Jgn ikut2 org lain - yg penting selamat.


6. Riding gear yg complete.


7. Gunakan 'high-beam' disiang hari agar pemandu kereta 'alert' dgn kehadiran kite.


8. Kelajuan bergantung pada keselesaan dan keberanian diri masing2.

Nota: Kalau duit tu memey dah terlebih2..tak tau nak buat ape, baru ler tepuk dada tgk poket untuk aksesori yang lain.

 

Sekian.

 

Adios,

Han

5

Service time..

TayarGolek.Com Monday, January 31, 2011 ,

Yooosshhh…!!

Salam geng..

 

Genap 3 minggu aku layan versys hari tu..rasanya mcm dah sesuai banget kene service. Ini merupakna service pertama sejak pakai Versys merah niii..mana taknye, baru pakai tak sampai sebulan, mileage dah 3000km..hahaha. Giler kuat berjalan..!

Dua benda yang aku buat haritu..pertama – service EO dan tukar OF. Kedua, aku tukar (flushed) coolant. Pasal coolant tu aku buat sebagai ‘track record’ maintenance utk ‘Red Versys’ ni. So next time bleh refer balik..

 

IMG_8498

Kali ni kedai pilihan aku untuk service si ‘Red Versys’ ni aku hantar ke “SPORTSRIDER MOTORWORKS” a.k.a Kedai Lee Panjang di Bandar Baru Klang. Alaaa..korang sure punye tau kedai tu. Rasanya aku pernah stori dulu kedai ni masa zaman ER6N dulu. So far aku puas hati dgn mutu kerja diorang ni..tu yang aku datang sini lagi selain ‘create networking’ dgn Lee Panjang.. ;)

 

Tak citer banyak..aku sampai jer sana, terus mechanic Panjang sambar motor aku. Walaupun ade 3 bijik motor tonggek time tu tengah ‘mod’ bagi ranggi..motor aku terus dapat ‘turn’. Tak nak payah tunggu lama. Nasib gua baik kot..?? Ke crew dia ramai??..

 

Lepas ‘brief’ skit + pilih EO & coolant..kerja2 service terus ‘ON’..

 IMG_8492Kerja menukar minyak itam..

 

IMG_8493 Buang yang keruh..tukar yang jernih..hehe

 

IMG_8494

Masa utk ‘flush’ coolant yang lama. Dengan ini, “Red Versys” selamat ditoggelkan..

 

IMG_8495  Ok..biar mekanik ni buat keje dia. Aku tak mau kacau.. :)

 

Motor sapa nih?

IMG_8497Kalo aku tak service motor time ni..sure aku tak tau pasal motor Faizal650 yang accident baru-baru ni. Ape yang diberitahu, accident disebabkan kecuaian pemandu bas kilang menukar lane tanpa signal secara tiba-tiba. Ape lagi, sapu dari belakang ler..tak sempat nak elak!! Kadang-kadang kemalangan berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Kita yang menunggang motor ni ler jadik mangsa. Ape2 pun..motor masih dalam proses ‘claim’ dari insurans.

 

 

Sementara menunggu di bilik ‘aircond’ + sofa yang disediakan utk pelanggan..sempat ler bersembang2 dgn beberapa bikers kat situ..rasanya member rapat Panjang kot. Sembang2 jugak..’kerak teking’ beb..so kitorang & Panjang kene Teh Tarik dulu ler sementara tunggu motor aku siap..

 

 

IMG_8500

Micheal, Lee Panjang dan Bro Otai(sori tak ingat nama)..aku plak tak masuk dlm ini ‘frame’ daa..

Diorang bertiga bersembang dan bagi tips pasal ‘track’ walaupun aku bukan kaki ‘track’. Tak cukup tu jer..tips mengambil ‘corner’ yang selamat + ‘body position’ walaupun aku bukan kaki ‘corner’..hehehe. Tapi aku anggap tu semua sebagai ‘ilmu’ dari diorang yang dah berkecimpung dgn dunia motor lebih 10 tahun especially Lee Panjang “The MSS Rider Champion”.

Alrite beb..sebelum kitorang blah..the last thing yang diorang share pasal permotoran ni dia suruh aku baca pasal “twist of the wrist” sebab banyak teknik & teori yang boleh dipelajari. “..but remember..U can read from the book but U can not learn from the theory..u must have to try step by step..practice and practice and practice..!” …fuhh!! dalam maksud tu beb!

Anyway, thanks guys for the tips..! and to Panjang..Thanks for the Teh Tarik!!

Motor aku dah siap..! So total aku kene bayar untuk 1st service ‘Red Versys’:

  • Engine Oil (Silkolene Pro 4 10/40) 2 x RM60 = RM120
  • Oil Filter (ori Kawasaki)                            = RM 45
  • Coolant MAXIMA                                     = RM 65
  • TOTAL                                                       RM230

Track record:

Current mileage: 33,111KM

Next Service    : 38,111KM

 

 

Adios,

-Han

20

Parts - Tukar rantai & Sproket @ SportsRider Motorworks

TayarGolek.Com Monday, June 7, 2010 , , ,
Yoosssshhh…!!
Salam Geng..
Kisah aku minggu lepas..terpaksa kopak lagi duit sebab tukar rantai sekali lagi. Alang2 aku tukar sproket belakang skali. Rantai yg aku tukar sebelum ni baru jer berusia 2 bulan (3 hari sebelum Ride ke Kelantan). Nak buat mcm mana dah nasib aku kene barang yang nak kate ‘tiruan’ pon tak pasti. Korang nilai lah sendiri lah nanti lepas aku buat perbandingan. Aku kesini atas recommend dari salah sorang geng Andalas Bikers..LanCB4. Thanks Lan..

Aku stori skit ape cerita motor aku nih..

Nape tak ke kedai sebelom ni? Memang kali ni aku agak boikot skit dgn kedai yang biase aku pegi tu..korang blh la refer entry yg lama kat SINI . Rantai yang aku tukar 2 bulan lepas bleh katakan tiap2 minggu kene ‘tide’ rantai tu..skit2 kendur. Adoooi!! tension abiss lah.  Dah tu plak 2-3 kali aku ‘fit’kan dia punyer pin. Last2 ilang ntah mana. Getah ‘o-ring’ tu plak dh mula menunjukkan tanda2 nak “melepaskan diri”. Nak kata aku tak jaga rantai..3 hari skali aku spray. Sebelum ni boleh cecah 29000KM++ tp yang ni cume 5000KM++ jer..dh ampeh gilerrr!!!!

Tu yang aku panas..bengang pon ade!! Pegi tanye balik kenape jadik mcm ni..dia kata “..mgkin ekzos suda tukar dia panas..”. WTF punye jawapan..!! Ini melibatkan nyawa beb..mana ler tau kalo tiba2 putus rantai tu masa tengah speeding?? mampos aku tergolek. Gagento pon ade masalah yang sama..sbb dia tukar lepas aku tukar (kes ushar2 kat TayarGolek.Com ler).

Tu ler serba skit kejadian yg aku hadapi. Korang plak jgn terkena plak erk. Rantai brand DID “O-Ring” yang original takde kaler GOLD/Emas.

@ SportsRider Motorworks aka Kedai Panjang.

IMG_1740
Disebabkan hal tu ler aku  ke tempat yang baru di kedai “SportRider Motorsport” atau lebih dikenali dgn nama “Kedai Panjang” yg terletak di Bandar Baru Klang. Kedai racing rupenye..nnti aku stori yer!

Sebelum tukar..aku tanye dulu rantai yang aku guna. Punyer terkejut pomen tu (Katon)..”bang..DID o-oring mana ada kaler gold maa..”
Memang sah aku kene tipu. Jom..aku compare dgn kotak yang sebelum ni.

Dulu:
SAM_3633
SAM_3636

Sekarang:
IMG_1721
IMG_1726

** Bile tgk kotak tu takde beza pun..mmg sama cuma size je tak sama DID520V/DID525V.
Tetapi..kotak yang “Sekarang”..rantai nye mcm kat bawah (mcm yang Kawasaki pasang). Tak pakai clip. So..mana satu yg ori?? DID O-ring mmg tak pakai clip..tu yg Katon kompom dgn aku.
 IMG_1725  DID O-Ring “original”

Selepas bertanyekan rakan2 bikers yg lebih berpengalaman..rantai DID o-ring kaler EMAS tu Thailand mari..!

Satu lagi Katon(pomen) bgtau aku rantai jenis “o-ring” kaler emas mmg ade..tp tu bukan DID dan harga mmg murah punye ler. Harge dlm RM140++ mcm tu ler. Pic mcm kat bawah..yang ni sebijik mcm kat motor aku sebelum ni.
 IMG_1746
p/s: Jadi..buat kawan2 yg nak tukar rantai tu hati2 lah. Jadikan stori aku ni satu pengajaran.

Selain rantai, aku tukar skali sproket cap matahari jenis “aluminium” kata nyer lah. Size 45 which is kurang 1 gigi dari yg standard iaitu 46. Sproket depan standard size 15..

IMG_1727 Size 45 (sesuai utk h/way)

Masa utk tukar rantai lepas aku puashati dgn explanation Katon..yang friendly.

IMG_1715Motor aku dah siap2 panjat “podium”..hehehe
Sementara tunggu siap motor aku dikerjakan..meh kite ushar2 skit kedai ni.
p/s: Panjang..ni free advertise yer!! Kene kawtim lebih..hahaha

@ Bahagian Depan..

 IMG_1717 Time ni Panjang tengah busy skit kt opis. Aku pon busy gak dgn gambiran..

IMG_1718 View dari tempat menunggu..syiok gak ade sofa+ aircond kat sini..huhuhu

IMG_1719 ade lagi motor2 racing yg tersimpan..tunggu jer ler MSS, kepompom keluar semua..

IMG_1728
Pilih bang..mcm2 kaler ade. Nak buat baju raya pon boleh..!

IMG_1743
Ni sebahagian jer..byk lagi meddle diorang..

@ Bahagian belakang (luar)
Memang bersusun motor2 racing diorg..
 IMG_1738
IMG_1729
IMG_1731
IMG_1732 Ade lagi motor2 racing diorg ni tp aku tak amik pic semua. Kene datang sendri ler..hehehe


IMG_1742 
Aiyaa..Katon! Lu blh bikin kerja sambil tido meh?? wah lauuuu..!

IMG_1747
..akhirnya siap dah pemasangan rantai & sproket.

Sebelum aku bayar..sempat gak ler  aku & tauke kedai aka Lee Panjang berbual panjang..sembang2 pasal motor, pengalaman racer kat track, tips yg berguna dan mcm2 ler. Sambil2 tu jugak aku promote website TayarGolek.Com kt Panjang.

Haa..satu lagi sebelum aku terlupa..masa sembang2 tu Panjang ade mentioned yang SportRider Motorworks ade buat kursus teknikal menunggang motorsikal @ Track Pasir Gudang selama 2D1N. Bayaran akan dikenakan ler cam biasa tp transportation, penginapan & makan disediakan. Nanti aku jumpa Panjang lagi utk dptkan info lebih detail.

Harga yg aku kene bayar utk parts tadi:
  • Rantai DID O-Ring : RM295  (after discount)
  • Sproket belakang  : RM180 (after discount)
  • TOTAL : RM475
Sekian..
Adios,
-Han TayarGolek-
4

‘Street Fighter’ side mirror

TayarGolek.Com Wednesday, May 19, 2010 ,

Yooossshhh..!!!

 

Salam geng..harap korang semua sihat2 belake yer..!!

 

IMG_0331

Takde ape yg menarik entry kali ni..sekadar berkongsi cerita pasal “street fighter” side mirror atau dalam bahasa Melayu nyer “Cermin sisi Pejuang Jalanan”. Perghh..!! susah betul nk sebut erk. Sebenarnya, masa ride KTM ke Melaka minggu lepas..ade ler tertembak side mirror motor aku nih. Tak sangka plak ramai yg berminat & bertanya..brp harge?..dan beli kat mana?

 

IMG_0680 Aku tau..sape2 yg pakai ER6N mesti jeles ngn side mirror ni..kehkehkeh. Melawak jer

 

Dah lama teringin nk pasang side mirror mcm nih. Sebelum ni duk ushar si Amadon, Grim, Lawrence &  Hazrin punyer jer. Samapi Amadon jual motor ler..baru aku dpt side mirror nih..Tpai biler dah pakai side mirror ni nampak jahat plak motor aku ni..hahhaa (perasan plak).

 

IMG_0681                      Makk aiiih..baru prasan. Besepah nyer kasut anak2 aku nih..

 

Berapa harge aku beli??

Aku beli dgn harge lelong iaitu RM110 sahaja. Beli dah lama dari bulan April lagi..tapi pasangnye baru jer 2 minggu.

 

Kat mana aku beli?

Hmmm…ni aku cakap benda yg jujur ler. Aku beli masa jualan lelong masa 1st Anniversary FERNO hari tu.  Mcm tau2 jer yg aku tgh mencarik side mirror ni. Lastly, aku ler yg dpt..sbb takde sape2 bid lagi..ke korang pakat2 biar aku dapat?? kalo YA..Terima Kasih nooo..

 

IMG_0678 

Setau aku ler..dulu ade kawan kite ni kirim dari mmber dia yang kat US. Kebetulan nak balik Malaysia. So, beli bundle ler..sape mamat tu aku tak ingat ler..lama punyer kes nih..

 

Bleh nampak ker?

Boleh..kepompom boleh! Tp jgn ler expect mcm cermin yang lebar & beso tu..ape2 pon aku ulang balik kata2 aku yang lepas..advice aku “ Jgn pandang belakang..” hehehe

 

IMG_0677

 

Skg dah byk side mirror after market utk ER6N. Rajin2 searching kat google..

Ape2 pun terpulang pada keinginan dan bajet masing2..

 

Sekian..”ride safe geng..!!”

 

Adios,

-Han-

11

Michelin Pilot Road 2ct

TayarGolek.Com Thursday, May 6, 2010 ,

Yoooshhh…!!

 

Last week aku baru jer tukar tayar belakang selepas balik dari Ride Terjah ke Muar. Sebelum ni aku pakai tayar jenis BT021 Bridgestone, tp kali nk mencuba Michelin Pilot Road 2ct.

 

 

Sedikit fnfo pasal aku punyer history tukar mcmm kat bawah nih. Info tayar BT021 yg dulu blh click Bridgestone BT021

 

Tarikh Tukar        : 26 April 2010.
Last tukar tayar  : Ogos 2009
Jangka hayat digunakan : 8 bulan

Mileage masa tukar                     : 31, 479KM
Mileage tukar tayar sebelum ni : 11, 300KM
Total clock mileage                      : 20, 179KM

 

 

SAM_5264   SAM_5267

Jenis Tayar       : Michelin
Model               : Pilot Road 2ct (dual compound)
Harga Market  : RM600++
Harga Offer    : RM540 – RM560 (tp harge aku lain skit)

Lokasi              : Wah Motor, Klang.

 

Sekian,

-Han-

4

Parts - Rantai emas & sproket

TayarGolek.Com Friday, March 26, 2010 , ,
Yooosshhhh..!!

Salam sejahtera buat semua..

Rantai motor aku dah mintak duit beb!!
Meh aku citer skit pasal ni..nak dgr tak??? hehehe..aku tau korang mesti nak tau serba skit pasal aku tukar rantai motor & sproket. Setelah aku melenjang ER6N putih..gebu..suci hampir setahun, dgn mileage 27669KM..tibe lah masanye aku menukarkan rantai yang ade dgn yang baru. Dgn mileage sejauh tu aku baru tukar? Ok kot??

Ini adelah sebahagian persiapan aku utk Ride ke Kelantan pada 2-4 April nih..yer lah nak jauh beb! kene ler make suke kenderaan berada dlm keadaan yang baik. Sambil tu jugak aku service sekali..baru ler system enjin motor kite lancar..

Rantai cap ape aku tukar??
SAM_3633
Setakat ni..DID525V O-ring jer lah yang termampu aku pakai. Teringin gak nak pakai x-ring tp bajet tak de lebih plak nak pakai yang tu..

Ape plak bezaO-ring dgn X-ring?
Berdasarkan ilmu permotoran yang tak seberapa, X-ring lebih tahan lama berbanding O-ring sebabnya X-ring menyimpan lebih minyak di dalam rantai. Tetapi pada aku..sebagau mana rantai pon kalo korang tak jaga..jangkahayat rantai pon mungkin boleh berubah. Macam mana nak jaga rantai?? Haaa..yang tu nnti aku citer lain yer..

Tukar Sproket 1 set depan belakang ke?
Dlm kes aku ni, sproket belakang masih elok lagi..dan Ah Fuat sbg mekanik rasmi aku pon bgtau aku tak perlu tukar lagi..masih dlm keadaan yang agak baik. So, aku tukar sproket depan jer..mmg kompom depan dah tak elok..dah tajam dah pon. Memang patut beno ler tukar..

SAM_3634
ni ler rupe sproket depan yang aku tukar last week..Japan malii ooo..!

Condition sebelum tukar..
SAM_3632
Mcm ni ler beb..keadaan rantai motor aku setelah 27669KM berjalan. Ok la tu kan..takde la nmpak mcm ulat..

SAM_3635
Nah ko..amikkk!!  brp banyak ler minyak yang dah mcm gris pon ade..terus terang aku bgtau..aku mmg tak penah bukak ni..

SAM_3631 
nampak tak ketajaman sproket depan tu?? ituu kalo kene kepala..saje2 jer kene 18 jahitan..hahaha..

Dlm 30-45 minit, motor aku dah bersalut rantai emas..siap dah pon diorg kerjakan motor aku.

 SAM_3636
Rupa rantai emas yang dah pon siap dipasang..lepas ni baru le best skit sbb dah fit..

SAM_3637
Aku close-up skit lagi..buat tatapan korang..yiihaaaaaaa..!!

Selain tukar rantai, sprocket & tuka EO..Ah Fuat terlebih rajin check coolant plak. Aku bagitau ler..2 minggu lepas baru flushed coolant dgn yg baru. Tp bila dia bukak side firing tu..alamak!! terkurang sudaa..so dia topup ler mengikut had level ke MAX.

Camner blh kurang erk?? baru jer tukar? Ah Fuat bgtau aku..biasalah, kkdg masa baru2 isi (flush)..coolant tu tak fully utilize lagi. Once dah running serba skit akan berkurangan skit..so dia top up ler..kawan punyer pasal dia tak charge pon coolant tu sbb guna tak sampai setengah botol pon..hehehe. Jimaaat skit beb!

Harge camner plak?
Korang blh nmpak harge tu semua kt gambar tadi..tp dgn aku..ehem-ehmmm..! So far aku dpt ler special price skit..maklum ler dh biase dgn dia..

Tapi dont worry beb..aku tnye dia harge buat reference kawan2. Ni harge sebelum diskaun yang dia bg :
  • DID O-ring chain – RM190
  • Front Sprocket  - RM135
  • Rear Sprocket – RM148
    * harge blh mintak kurang lagi tuu..ape2 pon pillihan kedai tetap ditangan korang..
Ok lah beb..segalanya dah setel..balik time ler..tp sebelum tu pic kat bawah ni semua aku punyer kerje ler..hahaha. So next time kalo geng FERNO dtg, harge ade spesel skit. Kalo tak aku ban kedai dia..huhuhu. Kuasa ditangan kite beb!!

SAM_3641
AHM ade..FERNO ade..TAYARGOLEK pon ade..next??

Orait geng..jumpa lagi di episod yang lain.
“Berhati-hati masa menunggang..!”

Adios,
-Han-
 
Copyright 2010 TayarGolek.Net