Showing posts with label Ride Mae Sai. Show all posts
Showing posts with label Ride Mae Sai. Show all posts
2

4 Nations Ride (Day 5): Tachileik – Golden Triangle

TayarGolek.Com Saturday, January 7, 2012 , , , ,

Yooosshhhh..!!

 

Episod sebelum ni aku dah pun cerita serba sedikit tentang ride di Myanmar..

Sebenarnya ride ke “Tachileik Toll Gate”, “Pagoda Temple” dan “Hill Tribe Village” di Myanmar adalah seawal pagi di hari ke-5 pada 09 DEC 2011. Tapi bagi memudahkan pencarian atau pun cerita di Myanmar, aku gabungkan menjadi satu cerita di Myanmar.

So sebagai ringkasan pengalaman membawa dan menunggang motorsikal dibumi Myanmar “..satu yang pengalaman yang memey tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Walaupun hanya berada sekitar 20KM dari border jer..sudah cukup memberikan 1 kepuasan. Semua mata tertumpu ibarat  ‘makhluk asing” masuk ke Myanmar...tu yang seram  tu. Tapi mcm mana pun ride ini tetap ada “manisnya” bila berjaya masuk & keluar dari Myanmar dengan selamat lebih-lebih lagi dengan status negara yang melarang kenderaan luar masuk, keadaan dan keselamatan yang belum tentu terjamin. Google ler pasal Myanmar..mcm2 cerita. Mungkin cukup bagi aku “once in a life time” ride kesana..walaupun Myanmar Immigration & Custom  memberikan khidmat yang terbaik..”

 

Satu lagi..aku dapat call baru2 ni dari Cikgu Mat aka Labib (Malaysian ADV Rider/overlander) yang mengatakan “..you are the 1st Malaysian bikers yang berjaya masuk Myanmar dengan motor dan ride di Myanmar. So far memang takde lagi yang kesana bawak masuk sekali motor!!”. Itu lah kata Abg Labib. Tapi aku pun tak pasti pasal tu..

Jika YA “memey aku tak sangka..ni semua Griffin punya pasal” hahaha. Tapi jika TIDAK pun..it’s ok sebab pengalaman ride di Myanmar adalah sesuatu yang paling berharga. So dengan info yang aku share di TayarGolek.Com, mungkin lebih ramai lagi Bikers dari Malaysia ride ke Myanmar nanti ;)

 

..dan sekarang masuk hari ke-5 4 Nations Ride Tour(4NRT) yang mana kembara pada hari ke-5 diteruskan dari Myanmar ke Thailand dan Laos. Jarak perjalanan kitorang pada hari ni agak pendek cuma kira-kira 316KM sahaja. Cuma apa yang boleh kitorg jangkakan..walaupun jaraknya cuma 316KM, tapi kene ingat..ride hari ini lebih tertumpu dengan urusan “border to border” iaitu MYANMAR - THAILAND dan THAILAND - LAOS. So, masa mungkin banyak digunakan untuk urusan Immigration & Custom.

Tapi yang pasti..di LAOS pastinye lebih mencabar..lebih adventure..lebih extream!! Just wait and see yaaw..!

 

Alrite beb..panjang pulak aku membebel ni..hehehe. Jom kite sambung stori seterusnya..dari Myanmar masuk ke Thailand..dan dari Thailand masuk ke Laos. Tapi aku akan pecahkan kepada beberapa entry supaya lebih mudah untuk fokus dari satu tempat ke satu tempat..

 

Plan pertama selepas selesai urusan border di Myanmar dan Thailand adalah ke GOLDEN TRIANGLE! Ni yang tak sabo nak tayargolek nih.. :D

 

The Northern Most Of Thailand

Mae Sai..”The Northern Most Of Thailand”. Disinilah kitorg berada di waktu ini. Legaaa ! bile urusan di border selesai tanpa sebarang masalah..

 

IMG_7727

 RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR dah pun selamat berada di Thailand..wihuuuu..!!

 

 IMG_7731

..bile segala urusan dah selesai, baru la terasa nak pekena air. Air mineral pun rasa manis beb! hahaha..punya la puashati + lapang fikiran bila dah berada di Thailand semula..kitorg short break sekejap untuk susun semula dokumen2 dan pastikan semuanya lengkap untuk urusan seterusnya nanti…

 

 

IMG_7735

peninggalan debu merah dari bumi Myanmar..!

 

IMG_7733

IMG_7734

Errr..? kotor ke?? ini baru sikit…tungguuuuuuuuuuuuuuuu..!!

 

 

IMG_7730

Peminat FJR - Masa tengah2 berehat kat sini..dari tadi aku dok perati. Lepas satu..satu. Lepas satu..dua! Perhh!! ramai pulak peminat motor FJR kat Thailand ni eh?? Mcm pelik bebenor jer aku tgk..ehehe. Ke Griffin suda kasi jampi satu kali sebelum ride ni?? ahakss..

 

 

 IMG_7732 

Tak caya?? ni la bukti..aku tak tipu punye ma! Yang paling ‘jiwa kacau’ ni mamat yang kanan sekali. Dok berkali2 tanye pasal FJR ni..yang jadik masalahnya  dia cakap bahasa dia..memey la masalah! Last2 korang tau ape dia buat?? dia pegi kedai sebelah..then amik calculator! Then suruh Griffin isi tempat kosong dlm calculator tu..hehe. Rupenya..dia nak tanya berapa harga motor FJR ni.. tu jer! hahaha…

Pengalaman + moment yang best dipagi hari..

 

OK beb! Sekarang dah pun pukul 9.30pagi (M’sia Time). So elok lah kitorg beransur dulu..

 

IMG_7736

Selepas siap dengan riding gear..kitorg mulakan tayargolek ke Golden Traingle kire2 30KM jaraknya. Sampai satu ketika diawal perjalanan..ada sedikit kerja2 membaikpulih jalan yang menjadikan keadaan waktu tu berdebu..

 

 

IMG_7737

walau macam mana pun..still boleh guna jalan berturap. Bukan motor jer kene adventure..kamera G11 aku pun kene adventure baii..!

 

IMG_7738

..sedikit lencongan – terpaksa jugak redah jalan ‘off-road’. Alaaa..sikit jer tu ;)

 

 IMG_7739

Kemudian..keadaan jalan kembali cun melecun..! tersengeh2 aku sorang2. Abis tu nak sengeh2 dgn sapa?? hahaha

 

IMG_7740

..dan sekarang kita menyaksikan scenery pagi di Utara Thailand pulak..cuaca yang baik + view gunung-ganang dah mula jadik kawan rapat time ni..

 

 IMG_7741

..kalo ikutkan hati time ni beb, aku tak nak ride dah..nak berhenti + amik gambiran..aisshhh!

 

 

IMG_7742 Nice road..dan jalan dah mula berbukit + corner. Tapi suasana pagi ni memey lengang + sunyi..dan yang best..redup!

IMG_7743

Antara lain moment yang dapat aku amik..sekali lagi meredah jalan merah. Nasib baik kering..kalo basah sure rim motor bertukar kaler ‘aloi’..

 

 

IMG_7744

rilek2..rileks..! bertenang..! fokus tetap kene fokus. Time ni laa mata ni melilau ke kanan ke kiri jer..

 

 IMG_7745

..aku dah mula excited dah dgn pemandangan kat sini. Griffin dah hilang jauh ke depan dah..

 IMG_7746

..jalanraya punya la cun melecun..tapi takde orang guna??? wah lauuuuu weii…rugi woo!

 

 IMG_7747

..dan lagi..

 IMG_7748

Last2..wa tak tahan beb! berhenti gak secepat yang boleh. Ape ade hal..camera memey dah ready, just stop + amik gambiran. Tak sampai 1 minit dah on the bike semula.! semua kene buat dengan pantas..

 

 IMG_7750

At last..nampak semula Griffin kat depan dah..

 

 

  @ GOLDEN TRIANGLE

Dengan style ride yang santai dan relax..kitorg selamat sampai di GOLDEN TRIANGLE kire-kire 1 jam perjalanan.

GOLDEN TRIANGLE adalah sempadan antara 3 Negara iaitu MYANMAR-THAILAND-LAOS yang menjadi tempat impian biker2 yang meminati ‘touring’. Memey tempat yang wajib singgah…

image

 

IMG_7751

Ehh..dah kat GOLDEN TRIANGLE?? macam tak percaya..tapi kene percaya..! ;)

 

 

IMG_7752 

Keadaan jalan utama..

 

IMG_7757

..dan inilah sungai yang menjadi pemisah antara 3 negara (THAILAND-MYANMAR-LAOS) iaitu Sungai Mekong.

 

IMG_7763

Perhatikan tanda ‘Triangle’ tu..disinilah kitorg sekarang berada. Manakal panjang Sungai Mekong tu adalah dari China-Myanmar-Thailand-Laos-Cambodia-Vietnam..

 

 IMG_7759

Golden Triangle..! Yes..we’re here!

 

 

IMG_7756

Tak silap ade satu lagi tempat signboard “Golden Triangle” ni..tp sebab masa limited..sini pun ok laa..

 

IMG_7758

TAYARGOLEK.COM was here..

 

 IMG_7760

Kasi tampal satu kali. Kalo takde yang mula tampal sticker ni..sampai ke la ni dok clear jer. So aku mulakan dulu..tampal stiker “TayarGolek.Com” kat sini. Lepas ni sure ramai yang ikut..hahaha. Tu pun kalo tak kene buang laa..

   IMG_7764

Just two of us..@ Golden Triangle

 

IMG_7765 

..and now u see additional ‘words’ between THAILAND….LAOS? muahahaha

 

IMG_7767 

“Bukan selalu dapat posing solo kat tempat mcm ni..ahaks!”

 

 

IMG_7769

“betul..betul..! bukan selalu bro..I nak jugak! “ ahakss

 

Setel gambiran diri sendiri..now layan gambiran Sungai Mekong. Orang kampung aku kata “Mekong River” la pulakss.. :P

Mekong River - Myanmar

…ini adalah MYANMAR

 Mekong River - Laos

..dan ini pulak LAOS. Alaaa dekat jer..setakat berenang 10-15 minit pun sampe..wuhuuuuu!!

 Mekong River3

..ini pula sumber mengalirnya air Sungai Mekong dari CHINA..

 

IMG_7775

..tidak dilupakan “RED VERSYS @ Golden Triangle”

 

IMG_7776

..dan juga “DUSKY BLACK FJR @ Golden Triangle”

 

IMG_7777

Both of them..

 

Hampir 30 minit disini..

Masa yang ada..aku sempatkan untuk membeli beberapa helai T-Shirt ‘Golden Triangle’ untuk wife & anak2 gadis aku..amik hati la skit dok? huhu…

 

Siap ber’shopping’ tadi..kasi simpan elok2 dalam box..lepas tu??

 

IMG_7781

Lepas tu? kemana lagi..tayargolek ler..ke Chiang Khong..

 

Lagi banyak gambiran & moment2 yang menarik selepas ini.

So teruskan bersama TayarGolek.Com ..(bunyik dah mcm ada penaja pulak eh? :D)

Kita sambung lagi selepas ini..

 

Adios,

Han

7

4 Nations Ride (Day 4) : Ride to Tachileik, Myanmar

TayarGolek.Com Wednesday, January 4, 2012 , , , , ,

Yoooosssssssssshhhh…!!

 

Salam Sejahtera.

 

Sambungan dari episod sebelum ni. Ok jom…! kite pi Myanmarrrrrr..!! wihuuuuu..

Dengan  masa yang agak singkat di “White Temple’, kitorg meneruskan perjalanan seterusnya ke Mae Sai iaitu Thailand border ke Tachileik, Myanmar.

 

IMG_7577

..tayargolek ke Mae Sai ( Paling Utara di Thailand).

 

IMG_7579

IMG_7582 

..pemandangan bukit-bukau

 

IMG_7580

oppsss..! terpetik camera pulak.. hehehe. “Balik sekolah yer?? “ :D

 

 

Dipendekkan cerita..

 

IMG_7594 

Mula memasuki town Mae Sai. Nak kata sesak…tak jugak. Tapi boleh bile tengok ..meriah semacam  ..

 

 

IMG_7592

  ..tu dia, bangunan Imegresen pun dah boleh nampak dari sini..

 

@ Mae Sai, Thailand (Border)

Ketika sampai di sini, Slim (Tour Guide) dah pun menunggu kitorg. Walaupun tak kenal mamat ni, mungkin dia dah boleh agak yang kitorg ni ler yang akan masuk ke Myanmar..

IMG_7596

Selamat parking – Slim terus menuju ke arah kitorg.

 

IMG_7597

This is Slim -  Our Tour Guide in Myanmar. Dia punya slang English..memey superb ler!

 

 

IMG_7598

Custom & Immigration building

 

Untuk membawa keluar motorsikal/kenderaan dari Thailand, procedure dan document di Mae Sai border agak lain skit berbanding di Sadao.

 

Documents for Thailand @ Mae Sai with vehicle:

1. Original passport

2. Original photocopy  motor cert + Polis Station stamp (geran)

3. Passport photocopy (front page) – 1 copy

4. Passport photocopy (latest stamping) – 1 copy

5. Certificate of Conveyance from Thai Immigration ( 200 Baht)

6. White Card

 

IMG_7607

Urusan Certificate of Conveyance

 

IMG_7608

Selesai urusan Thailand border. Sekarang kitorg akan bergerak kehadapan memasuki Myanmar pulak.

 

Ade sedikit incident salah faham berlaku antara aku dan salah seorang Pegawai Kastam Thailand ketika baru jer enjjin motor dihidupkan. Time ni, Griffin dah mula bergerak dah. Tetiba salah seorang Pegawai Kastam tu kejar dan panggil dan suruh aku berhenti..

Kastam : “halloo..hallo..where u go? where your paper..paper!” (seingat aku la dia ckp mcm tu)

Aku (Han) : “ what paper? all  the documents are completed! it’done..”

Kastam : “No..No..! where paper..paper! give your paper!”

Arghhh! dalam hati aku.. “sial laa..ape lagi ko nakk ni!! semua dah clear dah”. Dalam pasrah..aku tunjuk gak kat dia semua document tadi.

 

Kastam : “..No..No..paper..paper!”

Aku (Han) : “ What paper? everything’s here” (bengang plak aku time ni bile semua docs aku dah bagi..dia still mintak lagi!!

Last-last..salah seorg Pegawai yang incharge tadi tetiba keluar dan bagi arahan kat aku suruh blah.   “ GO..GO!”. Lepas tu dia diorang sembang/bincang  bahasa dia yang memey aku tak paham.

Kastam : “..ok ok..”

Then Griffin tetiba patah balik..ngam-ngam jer ke arah aku “ Nape bro? dia nak document ape?”

“Tak tau la bro..ntah ape dia nak. But It’s ok bro..all complete! Go..Go!” kata aku. Aku tak nak byk cakap..suruh Griffin blah. Then aku pun blah..!!

Itu ler keadaan petang tu..cemas + panik pun ada…phiewww!!

 

@ Tachileik, Myanmar (border)

 

Urusan document di Thai-border dah pun selesai. Sekarang kene settle kan dulu urusan passport dan dokumen2 lain untuk masuk ke Myanmar. Memang inilah pengalaman pertama memasuki negara Myanmar melalui Tachileik.

 

Tachileik adalah  sebuah ‘town’ di Wilayah Shan, Myanmar. Jika di’google’ pasal Myanmar, ramai yang mengatakan agak susah sikit untuk masuk ke negara ini terutama sekali masuk dengan membawa kenderaan. Senang citer kenderaan luar tak boleh dibawa masuk ke Myanmar (dilarang).

 

Time ni walaupun rasa confident yang kitorg sure boleh bawak masuk motor, tapi perasaan “jangan ler ade hal yang boleh bikin sangkut motor tak boleh bawak masuk”  tu tetap ade..

 

URL kat bawah sedikit info “Myanmar – Travel advice”.

 

 

IMG_7610

WELCOME TO REPUBLIC OF MYANMAR..

 

 

IMG_7612

  RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR – selamat berada di atas jambatan Thailand-Myanmar.

 

 

RED VERSYS at Myanmar

RED VERSYS berada di hadapan pintu masuk negara Myanmar.

 

 

Han TayarGolek.Com crossing Myanmar by bike

..and it’s me beb! Tersenyum + thumbup!

 

Ok, sekarang masa untuk setelkan document. Antara document yang diperlukan:

 

Document for Myanmar  @ Tachileik with vehicle:

1. Passport ( Myanmar Immigration will keep your ORI passport and u will have a permit)

2. Certificate of Conveyance from Thai Immigration ( pay 200 Baht)

3. Myanmar Insurance ( 500 baht)

4. 40 Baht for Myanmar Police (pay when you enter to Myanmar).

5. 100 Baht for Overnight Fee in Myanmar (pay when you OUT from Myanmar)

 

 

Sape2 yang berminat untuk memasuki Myanmar, boleh Tour Guide yang kitorg hire, boleh hubungi spt dibawah:

Info Myanmar Tour Guide:

Name : Slim

Phone : +668730 56754

Charges : 1000 baht (2D1N)

 

 

IMG_2138

Permit sementara Myanmar..

  MyanmaIns Insurance..

 

Kastam & Imegresen Myanmar time ni agak OK. Tak banyak karenah. Segala urusan berjalan lancar. Bile Pegawai Immegresen tu ditanya “Where you from?”. “ from Malaysia” jawab kitorg, “ Malaysia good!” ( sambil tunjuk ‘thumb up)..terasa mcm hubungan Diplomasi Malaysia-Myanmar sangat BAIK.

 

 

IMG_7616

Masa yang ditunggu-tunggu..! Griffin terpaksa menjadik pemandu teksi kali ni. Sebab nak bawak Slim..

So tugas Slim – dia akan escort kitorg kemana2..sampailah kitorg selamat sampai ke hotel.

 

 

IMG_7617

Excited!! ..dan impian yang dinanti2 kan oleh kitorg berdua, kini jadi kenyataan. Selamat memasuki Myanmar dengan motorsikal (Malaysian Bikes..made in Japan) haha..

 

 

IMG_7618

..blur plak dah!! Waktu dah gelap walaupun baru jer pukul 5.30ptg (Myanmar Time). Lewat 1 jam 30 minit dari waktu Malaysia.

 

Slim mula menunjuk arah ke hotel yang berdekatan. Di Myanmar, memandu di sebelah kanan jalan. Agak janggal jugak ler..lebih2 lagi bile nak masuk simpang atau pun round about..

 

Keadaan jalan dari border..agak teruk. Dengan batu merah + berdebu nyer..dan jalan yang dah mula gelap tanpa lampu ditepi jalan. Tapi nak buat mcm mana? nak ADV sangat kan??? amik koooooooo..!

IMG_7619

Slim membawa kitorg ke sebuah hotel yang agak berdekatan dengan border.

 IMG_7644

“The River Side Hotel”.

 

IMG_7620

..

IMG_7621 

..not bad laa!! Janji blh tido..

 

Makan time!!

Selesai mandi, kitorg berjalan kaki dari hotel ke sebuah restoren Muslim. Tak jauh jugak..anggaran dalam 5 minit berjalan kaki.

 

Gambiran memey takde time..agak takut skit untuk amik sebarang gambar time ni. Mana ler tau..kot2 kene tangkaP + soal siasat tak ke haru nanti….

 

Suhu memey dah terasa dah kesejukannye. Anggaran suhu 16-18’ Celsius. Sejuk beb! dah le pakai T-shirt + Short je nih..hahaha

 

@ Restoren Muslim

 

Sedikit gambiran..

Halal food in Myanmar

  IMG_7628

IMG_7623

 

IMG_7624

 

IMG_7625

 

Lauk-pauk yang ado..

 

IMG_7626

 

Perut dah lapo..tgk ape pun semua sedap…

 

 

IMG_7627

..macam2 adaa..

 

 

IMG_7630

Kitorg order jer – Slim akan jadik translator..so masa menunggu mangkanan.

 

 

IMG_7632

..dan ini lah rezeki kitorg malam tu. Takde la makan mewah sangat..yang penting kenyang!

 

IMG_7633

Nasi Goreng Koboi..

 

IMG_2140

Ni salah satu jenis rokok Myanmar..

 

 

IMG_2142

“lai ..lai…murah saja ma, 40 baht jer!!”

 

Makanan – masakan lauk-pauk tu boleh tahan la walaupun nasik goreng tu biase2 jer. Kitorg takde hal sangat pasal makan pun. Janji kenyang..blh sambung nyawa suda..

Makan malam kitorg di sponsor oleh Griffin. Terima Kasih daun keladi bro..nanti belanja ler lagi..hehehe!

 

Lepas makan..kitorg berjalan kaki sekitar jalan utama. Agak sunyi..gelap..berdebu...yang paling best “menggigil” sebab sejuk.

Sambil2 berjalan kitorg bersembang2 la skit pasal kehidupan diorg kat sini. Walaupun baru pukul 7.00mlm (waktu Myanmar), boleh dikatakan semua kedai dah tutup dah! Memey sunyi..takdak ape sangat. Aisshhh..!! Macam kehidupan mak abah kite dulu dah masa tahun 50 - 60-an. Nak nampak kereta lalu pun payah..sapa ada kereta kat sini memey kaya sungguh laa..

 

Sedikit bincang2..Slim nak bawak kitorg melihat + pusing town Tachileik. Katanya, nak bawak kitorg tgk ‘Friendly Bridge’. Tapi boleh nampak ke??

IMG_7641

..atas usaha Slim, kitorg dapat ‘tuk tuk’. Tapi punya laa menyesal naik ‘tuk tuk’..memey tak blh duduk diam! melambung2 dibuek eh..kata orang Nogori Sembilan. Tak sure samada ‘absorber’ dah out atau..jalannye memey teruk..

 

 

IMG_7643

..jalan utama yang gelap..

Last-last..kitorg decide untuk balik ke hotel sebab tak nampak ape dah memalam ni. Plan nak tgk Pagoda Temple terpaksa cancel sebab keadaan jalan tu boleh buat makanan dalam perut terasa nak terkeluar balik ketika naik ‘tuk tuk’..hahaha.

 

Dipendekkan citer..

 

Kitorg berbincang pasal program keesokan harinya. Memandangkan keesokkannya kitorg terpaksa mengejar masa untuk melawat beberapa tempat di Myanmar..ditambah pulak dgn urusan border nanti..dan fuhhh! memey pack skit jadual perjalanan kitorg. So, kitorg setuju untuk ‘check-out’ dari hotel kira-kira pukul 5.15pagi (Myanmar Time). Itu pun staff hotel duk layan tidoq lagi. Tinggal jer kunci atas meja kaunter. By the time, ngam2 matahari terbit..kitorg dah smpai ke tempat pertama destinasi..

 

 

IMG_7645

Didepan hotel seawal 5.15pagi (Myanmar Time)

 

IMG_7646

Isshhhh…! memey suke bergambiran la mamat ni. Tak blah2 dari tadi tu..bangga gile dapat diri sebelah FJR..huhuhu. Tak dapat nak amik gambiran motor jer,,

 

  05.20 pagi – masa untuk tayargolek.

 

Plan pertama pagi ni..kitorg akan ke “Tachileik Toll Gate”..

 

IMG_7654

Scenery pagi di Tachileik, Myanmar..(gambiran on the bike)

 

IMG_7650

..matahari mula kelihatan, Sayup je mata memandang apabile dapat melihat matahari terbit di bumi Myanmar. Syioooooooookkk..!!

 

 

@ Tachileik Toll Gate

Kira2 15 minit, maka sampai ler ke destinasi di Tachileik Toll Gate. Untuk pengetahuan semua..setakat ini jer yang boleh kitorg pergi. Ini pun dah hampir 20KM dari border..

 

IMG_7647

..Inilah bukti, 2 buah motorsikal dari Malaysia berada di Myanmar..RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR..

 

 

IMG_7648 

gambiran RED VERSYS ketika berada dihadapan “Tachileik Toll Gate” -  wajib amik gambiran..

 

 

IMG_7651

Aku (Han) bergambiran bersama RED VERSYSY @ Tachileik Toll Gate.

 

IMG_7652

..antara toll gate yang beroperasi time ni. Dan inilah satu2nya jalan atau laluan utama masuk ke Myanmar. Laluan ini membolehkan kenderaan terus ke China.

 

IMG_7649

Kelihatan lori-lori yang sedang menunggu giliran..semua mata tertumpu kearah kitorg yang ibarat “makhluk asing” di bumi Myanmar.

 

Masa  pun agak singkat..tp yang penting, kitorg dapat amik gambiran guna kamera sendiri..

 

IMG_7653 

15-20 minit lepas tu..we all bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke “Shwedagon  Pagoda Temple”.

 

 

IMG_7655

…penuh dgn pemandangan gunung-ganang. Sebenarnya, gambiran yang aku tunjuk ni hanya sebahagian jer berbanding dgn melihat sendiri & merasai pengalaman menunggang motorsikal di Myanmar..

 

 IMG_7657

Gambiran lagi..

 

 

IMG_7658

..dan lagi. Ini jer yang sempat amik masa on the way ke Shwedagon Pagoda.

 

 

 

IMG_7659

Dah hampir sampai. Gambiran dari jauh sebelum kene panjat bukit..

 

 

 IMG_7660

..Pagoda ni terletak diatas bukit…

 

 

IMG_7661

   ..sedikit pemandangan dari Pagoda..diwaktu pagi.

 

@ Pagoda (Temple)

IMG_7662

Destinasi ke-2 di Myanmar. Tak citer banyak..sampai jer aku terus park sini & amik gambiran..

 

 

IMG_7663

..keadaan sekeliling dari atas bukit..

 

 

 

IMG_7664

  RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR..kini kedua-duanya berada di Pagoda..

 

 

IMG_7665

..another view

 

 

IMG_7666

..bangunan setinggi 4 tingkat..

 

 

IMG_7667

View Buddist + Hindu’s Temple..

 

 

 IMG_7668

…scenery dari sudut lain pulak. Nampak masih lagi gelap

 

 

IMG_7669

Myanmar’s flag

 

 

Layan gambiran lagi..

IMG_7670

 

IMG_7671

 

 

IMG_7672

 

IMG_7673

 

IMG_7674

Sinaran matahari..’memanchorrr’! nice view..

 

Serba sedikit gambiran pemandangan Wilayah Shan dari atas bukit..

IMG_7677

 

IMG_7678

 

IMG_7679

 IMG_7680

 

IMG_7681

 

IMG_7682

Tengah sibuk membuat breakfast untuk kitorg..lol

 

IMG_7683

Last pic sebelum bergerak kedestinasi seterusnya..

 

Kemana pulak lepas ni?? Jom follow…

 

Lebih kurang 30 minit kat sini..kitorg meneruskan explorasi bandar Tachileik..

 

Gambiran On the Bike..!

IMG_7684

  Walaupun jalan menuruni bukit..jalan yang berbatu, aku gagahkan jugak amik gambiran moment time ni..

 

 

IMG_7685

Sekarang nampak tak jalannya mcm mana??

 

IMG_7686

ok..dah masuk jalan utama. Ade beberapa orang dalam 1 group tgh mengayuh basikal..

 

 

IMG_7687

Lori-lori yang dah mula sibuk dgn operasi mengankut barang..ke Tachileik Toll Gate tadi..

 

 

IMG_7688

..sebahagian jalanraya yang agak baik..udara sejuk, tapi tak sesejuk malam tadi..

 

 

 

IMG_7689

This is Tachileik..the town we’re here.

 

 

IMG_7690

..aku tak tau la mana ler Slim nak bawak kitorg. Sesekali, kitorg terpaksa lalu kawasan rumah + jalan yang sempit..

 

 

IMG_7691

Tayargolek lagi..diorg dah agak jauh di depan..

 

IMG_7692 

Uiikk?? Pegi hotel? main Golf?? bior betikkk..??

 

 

@ Hill Tribe Village (Karen Long Neck and Akha)

 

hahahhaa..acctually kitorg bukan layan Golf, tapi kitotg pegi ke Hill Tribe Village yang mana Kaum Akha dan Karen (Long Neck) berada sini. Antara tempat yang famous untuk singgah..

IMG_7694

Regina HillTribe Village

 

 

IMG_7696 

Masa sampai sini..takde sape2 lagi pun. Kitorg ni kira yang paling awal sampai laa..

 

IMG_7693

..abis kotor motor..huh! :P

 

Jom masuk..

 

Untuk masuk ke village ni..kene bayar 120Baht secara officialnya.

IMG_7698

Keadaan rumah..

 

 

IMG_7699

..kene ada stamina skit untuk memanjat tangga..tinggi woooo! :D

 

IMG_7700

 

Ada mcm2..produk diorg ni beb..

 

 

IMG_7701

Salah seorang anak kaum Akha

 

 

IMG_7702

Cenderamata yang boleh dibeli..

 

 

IMG_7703

..dah mcm pasar malam la pulak kan..

 

IMG_7704

..yang ini aku pun tak tau samada rumah atau stor..

 

IMG_2164

Open Air – memey takde cover2 beb..

 

Memandangkan kaunter pun tak bukak lagi sebab masih terlalu awal..diorg pun tak siap lagi nak bergambiran. So kitorg tunggu sekejap. Bayaran sebanyak 120Baht yang sepatutnya kene bayar untuk masuk..kitorg just bagi kat depa ni jer lah..100baht setiap sorang.

 

Akha in Myanmar

  kaum Akha dgn pakaian tradisi nya..

 

 

Karen in Myanmar 

Kaum Karen (Long Neck)..memey Panjang leher tuuu beb!

 

 

IMG_7709 

gambiran together-gether..

 

Ok..setel dah gambiran dengan Akha & Karen (Long Neck).

Masa untuk tayargolek ke border semula. kalo ikut syarat..memey kene kuar di border yang sama. Sebab utamanya adalah passport. Ingat tak kitorg hanya diberi permit sementara..so diborder nanti kene amik balik dan return permit tu semula.

 

IMG_7711

on the way ke border..rasanya ini jalan yg kitorg lalu malam tadi..

 

 

IMG_7712

agak busy skit..risau dengan cara memandu kat sini. Bukannye ape..diorg memandu sambil ushar motor kitorg..sampai hampir2 terkhayal ler..! hahaha

 

@ Tachileik Border.

Kene setel document dulu..

IMG_7713

..reached the border..

 

 

IMG_7714

..keadaan di border pada waktu pagi yang sibuk. Kenderaan keluar masuk..

 

 

IMG_7715

..termasuk jugak kenderaan ini.. :D

 

 

IMG_7716

gambiran disekitar border Tachileik..

 

Alhamdulillah..dengan ini kitorg dah kire 95% selamat untuk keluar dari Myanmar. So info-info yang kitorg baca sebelum ni tentang larangan dan keadaan Myanmar yang kurang selamat..perasaan tu tetiba ‘meleset’. So far..takde timbul sebarang masalah baik Polis atau Pegawai Kastam & Imigresennya..

 

Tak caya?? tengok gambiran seterusnya..

.

.

.

.

 

 

IMG_7717

Lihat sendiri riak wajah Pegawai Imigresen Myanmar ni..Hepi beli dapat duduk di atas FJR..

 

 

IMG_7718

Aiiiishhh! Ni lagi hebat…siap posing baikk! Tetiba dia kata “One more..one more”

 

 

IMG_7719

..ahaaaaa..this one la..Nice! hehehe

 

 

IMG_7720

Yes!! We did it..!

 

 IMG_7721

Bile-bile masa jer kitorg akan keluar dari Myanmar..

 

IMG_7722

..dan cukup sporting! Gambar bersama2 pegawai di Border

 

 

IMG_7723

Gambiran dari sempadan ke Myanmar..

 

 

IMG_7725

..ini lah bangunan Immigration di Myanmar. Aku tau korang sure tgk muka awek tu dulu kan?..kan?? hahaha

 

Ok beb..kang aku sambung lagi. Nak setel urusan dulu ok..

 

Adios,

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Net