Showing posts with label Kanchanaburi Ride. Show all posts
Showing posts with label Kanchanaburi Ride. Show all posts
2

Kanchanaburi Ride 2015 D6 Kuala Lumpur

TayarGolek.Com Friday, April 8, 2016
Yooossshh...!!
Salam Sejahtera semua..

Setahun menunggu stori de mori KANCHANABURI EXPLORATION RIDE ni..maka hari ni entry  terakhirnya. Bakal berpisah jualah bersama rakan2 yang lain untuk manjalani kehidupan seperti sediakala.

Orang kata..kalo ride tu seronok..belum keluar border dah tanye next ride ke mana? Aku akui..sepanjang ride yang TayarGolek.Com buat setakat ni memey pasti ada yang tanya soalan cepu emas tu.. "lepas ni ride kemana pula?".."next ride bile?..jangan tinggal daku.." mcm tu lah contoh2 soalan.

Yer betul..ride ke Thailand memey TayarGolek.Com caj sedikit untuk upah, tapi semua urusan dan tugas baik urusan insurans, travel insurance, hotel, makan dan Tour guide dari pergi sampai la balik  dipikul sepenuhnya. Pendek kata urusan dari A-Z.

Abis ride..stori de mori pulak pasal ride yang korang join. Berbaloi? kalo setakat update FB..semua boleh kan..hehehe.

Ok..tu selingan.

Skg kite masuk hari ke-6, perjalanan pulang balik ke Malaysia. Dalam sejarah, inilah kali pertama keluar dari border agak lewat.


Jam hampir pukul 3.00ptg baru start tayargolek. Ini disebabkan motor Mazlee yang berada di bengkel amik masa lama jugak nak fix. Tapi semua steady..walaupun dah checkout awal..semua sepakat tunggu sampai siap.


Waktu mcm ni..biarlah pulak tuan punya motor berada kat bengkel :))


So yang lain2..susun motor siap. Andai kata ready..? terus on the bike..








Tiada khabar berita lagi pasal status motor Mazlee tu..


Sementara tunggu tu..saat2 boring ni ada la pulak kawan kite tu meracun Griffin bawak GSA..hahaha.


Tuddiaaaaaa..!! nindiaaaaa..! agak2 keracunan GSA tak?? haha
Jawapannye..selepas balik Malaysia nanti ;)



Tayargolek time..!
Akhirnye motor siap..then kitorg on the bike laa

Keluar dari hotel menuju ke border..


Panaih lit lit baq angg..



walaupun panaih lit lit..tetap thumb up diberinya..


satu lagi..


Aku skip urusan di border..alaaa same je cerita nye. Cop passport...pulang borang Kastam..chaiww  hahaha.


@Petronas Changlun

Isi minyak kat sini dulu..minyak dah penuh, lepas ni nak stop kat mana pun takde hal.
"biar perut kosong..jangan tangki minyak kosong k.." :)


Nampaknye urusan isi minyak dah siap semuanya. Ok la...tak yah rushing. Kite pelan2 kayuh janji semua selamat sampai kerumah masing.





Memey aku pesan kat semua peserta setiap kali ride...kalo boleh pesan insan/isteri yang kat rumah tu tak perlulah asyik tanye bile nak sampai. Dekat 15 kali tanye benda yang sama (ni contoh aje hahaha).

 Jadi...sebagai penunggang motorsikal sikit sebanyak akan mula push & rushing nak sampai rumah. Bile menunggang dlm keadaan stress..ditakuti akan terjadinye perkara2 yang tak diingini.
InsyaAllah..tunggu je dirumah diam2..doakan selamat perjalanan balik ke rumah.
Harap dapat memahami..



 @ R&R Gurun

Sembang rancak lain machiam..tau2 sampai R&R Gurun. Mulanya nak terus shoot sampai R&R Gunung Semanggol. Tapi ada kawan2 kite akan exit awal sebelum tu. Baik stop sini sekejap..



Tak lama pun stop kat sini. Minyak penuh lagi..20minit ok kot noo.



Ok geng..dah lebih 20 minit kat sini. Masa untuk beransur..jauh lagi perjalanan nak ke KL



Ijatt akan exit awal..maka bersalam2 lah kite. Salam perpisahan ride kali ni. 6hari 5malam..baru ang tauu sedih dah pisah. InshaAllah..kite jumpa lain nanti.


Cuaca mendung & hujan selepas kitorg gerak dari sini. Maka dengan itu jugak..aku simpan terus camera.. (dh nak balik pun..malas dh nak amik gambiran).


Dipendekkan stori de mori lagi..

@ R&R Gunung Semanggol


Kitorg tinggal beberapa buah motor je..10 motor je. yang lain2 dah sampai rumah kot :(


Ternampak burung terbang tanpa sengaja..

R&R Gunung Semanggol aka Bukit Merah.


memandangkan memey dah petang..nak laju mcm mana pun tetap sampai malam. Pelan2 kayuh la kite balik KL.

Next, kitorg akan stop di R&R Tapah..kalo lapo, stop makan malam terus..

Ape2 pun..ni gambiran terakhir, Kanchanaburi Riders yang akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.


Oppp..! Sekali lagi..diorg kata Akmal GS blok abis pemandangan org belakang..hahhaa


Haaa..looks better ..ewahhh!

Tapi,,still tak puashati gak..sbb ada yang tak ready. Puii..letih kene ulang-alik picit camera :p

Last ehhh!!


Ok cun..baru la nampak hepi skit...

Semua selamat sampai ke rumah masing2 walaupun hujan sepanjang perjalanan dari Tapah. 

Phiewwwwww..!! Tamat jugak stori de mori KANCHANABURI EXPLORATION RIDE ni..haha. 
Apa yang aku paparkan..yang aku ceritakan adalah dari pengalaman aku sendiri. Mana yang kurang sepanjang ride ini, harap dapat berikan komen2 yang membangun agar boleh diperbaiki pada masa akan datang. 

Yang kene tinggal tu pun aku mintak maaf..bukan sengaja tapi ini pengajaran agar menepati masa. Disiplin masa memey aku terapkan semasa ride. Sapa lambat..tinggal! hahaha


Ape2 pun..aku ucapkan jutaan TERIMA KASIH diatas komitmen dan kesudian mengikuti ride ini. Harapan aku jugak, agar semua kawan2 dapat amik pengalaman ini sebagai ilmu mengembara. Kita sama2 belajar, mana yang kurang kite tambah. Mana yang tak tau..kite sama2 cari. Gunakan peluang..saat yang ada sebaiknya. Walaupun penat..manisnya akan datang selepas balik ride nanti.

Sekian dulu untuk stori de mori kali ni. Ada rezeki masa dan keizinanNya..kite jumpa lagi dilain2 ride yang akan datang.

Jumpa lagi..

Adios,
Han




1

Kanchanaburi Ride 2015 D5 Hat Yai

TayarGolek.Com Thursday, April 7, 2016
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Sambungan seterusnya hari ke-5.
Pagi yang sunyi di Phra Chuap Khiri Khan(PKK). Kalau ikut rekod, pernah bermalam di PKK sebelum ni tapi tempat yang berlainan. Memey area sini takde ape2 sgt..cuma lokasinye tepi pantai yang tenang bolehlah menikmati pemandangan pagi di tepi pantai.

Hari ke-5, bakal tayargolek ke Hat Yai. Anggaran jarak hari ini kire2 650KM.

Jom..kite teruskan stori de morinya..


Pagi yang tenang di PKK..masing2 bangun awal pagi. Lebih awal lebih baik sebab ada banyak masa.
Takde breakfast yg disediakan..


Setelah berbincang masa makan malam..masing2 bersetuju untuk tayargolek awal pagi. Nanti kite akan singgah mana2 7-E untuk breakfast. Aku tak kisah sgt pasal makan..tapi walaumcm manapun kene bincang sbb mungkin ada yang perlu breakfast.


Ape2 pun..setiap rider kene bersedia untuk sebarang kemungkinan. Pre-ADV ride ni ibarat latihan sebelum ride yang lebih jauh.

Alrite..disiplin masa yang diterapkan setakat ni tidak mengecewakan.


Ijatt dah ready awai2 lagi baq angg... :)

Baik..tayargolek bermula, tapi kite akan amik gambiran sekejap di tepi pantai yang indah.. :)



Susun motor kat sini..amik gambiran pemandangan pagi di tepi Laut China Selatan



view ketika matahari terbit


Nice kan..


Ada sorg warga tempatan tak lepaskan peluang untuk amik gambiran motor kitorg waktu ni. Mungkin jarang2 bikers ke sini.





View..




"Bloodygood view"  lol




Susunan motor yang cantik..



Dia nak jugakkk..


Sudut lain pulak..


Jomm3...gambiran beramai-ramai


1..2..3..ismaiilllllll


one more...1..2..3 lompattt! ayakk

wokay..setel bergambiran.
Jom..tayargolek..!


Patah balik jalan menghala ke hotel..




Gambiran on the bike arah belakang ..kawasan pantai yang tenang


Slow and steady sambil2 tengok view sekeliling..

owh ya..Din GSA bgtau dia nak gerak dulu untuk amik gambiran on the bike.

Haaa..nin diaaa. Belum sempat ko tembak..aku tembak ko dulu Din.haha



Alrite..ini hasilnya..


dan ini jugak. Sebenarnya banyak lagi.tp aku pilih mana yang nampak moment terbaik waktu ni ;)




ok..tayargolek lagi menyusuri jalan pesisir pantai. 1st time jugak laluan ni.



So, semua dapat laluan jalan dan view pantai. Skg pulak view berbukit..


Boleh tahan jugak view kat sini..




Jalan yang cantik..snyi ..tenang yang amat. Bawak motor pun relax giler


Satu kawasan yang nampak mcm tempat pertanian..kurang pasti apakah.


bloodygood road


view bukit-bukau + matahari terbit



Kalo tadi matahi sebelah kanan..skg berada didepan pulak.


Gambiran scenery pagi..



Cantik kan?kan?


Ok...corner tajam kat depan..


Wihuuu..terbaikk view kat sini



Halamakkkk..aku dah feel mcm kat Vang Vieng, Laos laaa..waduhhhhhh!! superb!


memey mcm skit2 laaa...



Haa tu diaaa...aku dah kata mcm kat Vang Vieng. Tengok batu kat depan tu..ada iras2 mcam KARST, Vang Vieng, Laos...wihuuuuuuuu


Bloodygood viewpoint..this is TayarGolek.Com

*Aku tak letak watermark kat gambiran2. Tapi mcm biasa la..naluri gambiran sendiri boleh kenal.


Yeahh!! Welkom to Lois? bhahaha


view jauh skit..
Memey enjoy tengok muka diorg..phieww!! satu kepuasan untuk diri aku


Gambiran demi gambiran dicapture..jgn lepaskan moment begitu sahaja. Esok lusa..gambiran mcm ni lah dikenang jua



Amik la gambiran sebanyak yang mungkin..




Peluang mcm ni bukan datang selalu..gunakan sebaik2nya.



Posing selagi boleh..ayuhhh!!


Griffin - Ketua konvoi




Perghhhhhh..!! syahdu gambiran motor ni. Harga motor UP lagi RM20,000 :p

Garangnya motor ni baqq angg..



RED VERSYS lepak belakang2 je



DUSKY BLACK FJR








KARST.. :p




angkel... kihkih


Ok..setel gambiran..






Ngam2 nak tayargolek semula..satu rombongan lembu sudah kasi blok jalan daaaa..

 
 What a moment la..hari yang baik penuh dengan nasib baik. Macam2 moment kite dpt hari ni



Sama2 saksikan moment ini..















Memey tak boleh bayar punya detik2 ini machiammm..wihuuuuuuu!!



OK jom...

Tayargolek time..


Terus menyusuri jalan dalam sebelum masuk semula ke Highway 4


Ushar skit member2 kite kat belakang..



Ride selow-selow...rugi bawak laju2 tempat mcm ni :)

Beberapa ketika..


View pantai..dapat dah. View bukit bukau..dapat jugak. View ala2 Vang Vieng pun ..dapat jugak. Skg ni pulak..redah offroad pulak..pun dapat! memey rezeki korang la..mcm2 view & moment dapat..



Kite tak cari offroad..tapi terpaksa redah offroad. Jom..silakan..


Selagi boleh amik gambiran on the bike..aku amik k



Kawasan lapang ..ibarat delta kosong



Luasnya tempat ni..sayup mata memandang





Aksi meredah offroad bermula..

Ready...? Kite tengok aksi  kawan2 kite..
Suzuki V-strom 1000
BMW GS1200

BMW GS800
Kawasaki Versys650

Go..!!

on more..! Parit Bakar Rally...(bukan Paris Dakar Rally) :p





ADV Rider in action :)




 
phiewwwww..! letih gak amik gambiran ni :)

At least dapat la depa rasa light offroad. :)

Wokayyy..lepas tu keadaan jalan mcm biasa dah...


View waktu ni..



Sawah padi...







Break time..

Masing2 tak breakfast..so inilah masanya makan kaw2. Kasi tenang2 dulu k..


hurmmm..yang ada takdan tenang dah..terus ngapp! tak toleh kiri-kanan-depan-belakang..hahaha. Lapo sangat katanye..tercungap2 napas layan "iffrod" tadi..bhahah


Beberapa minit break ...kene sambung semula la kan tayargolek. Kalo nak lepak2 lama2 kang pukui berapa nak sampai. Konsep aku senang, tak perlu bawak laju2..cukup dengan slow and steady tapi consistent. Timing pun kene jaga k..

**** Motor breakdown

Nak dijadikkan cerita KANCHANABURI EXPLORATION RIDE ni lebih nampak drama swasta..salah seorng rakan kite (Mazlee) mengalami masalah "bearing pecah" tayar belakang.
Sampai satu tahap memey tak boleh bawak dah.

Kejadian ni berlaku di Surat Thani..kire2 350KM lagi ke Hat Yai.

Memandangkan Griffin lead convoy kali ni, aku mintak dia bawak group ke Hat Yai dulu. Manakala 3 buah motor lagi follow aku kasi setel masalah ni.

Memandangkan hari ini adalah hari minggu..takde satu pun kedai Kawasaki  buka di Surat Thani. Maka dengan itu..aku decide untuk bawak terus ke Hat Yai.

Kene cari lori/pick up utk bawak motor ni..

Usaha punya usaha..akhirnya, dapat jugak pick up untuk bawak motor ke Hat Yai. Dengan bantuan okrg kampung + Polis Thailand..akhirnya...phiewwwww!!



Caj yang dipersetujui oleh kedua2 pihak adalah sebanyak 5000THB (kire2 700km 2 hala perjalanan). Kire murah la tuu kan. This is Thailand.. :)







Terima Kasih buat Polis Thailand yang banyak bantu urusan komunikasi. So Dzuljuri, Abah & Ijatt akan follow aku ke Hat Yai.

Inilah cabaran perlu yang diharungi lebih2 lagi jika anda yang organizer sesuatu ride. Jangan lepas tangan..jangan lepas tanggungjawab. Kene bantu semampu yang boleh...

On the bike ke Hat Yai..lori bawak motor dah hilang dari pandangan masa kitorg stop isi minyak.



Sementara kawan2 lain yang dah gerak dulu..dikhabarkan sampai ni PTT Koboi 60KM sebelum Hat Yai kire2 pukul 6.30ptg.

Gambiran diorg..

Nasib baik gak kali ni Griffin ikut..kalo tak, macam biasa semua kene tunggu sampai problem settle. Takde istilah tinggal kawan ok..!





Peace yoo..!

Sementara on the way ke Hat Yai..aku dapat hubungi Benelli HatYai pasal masalah bearing pecah ni. So, motor akan dihantar terus ke sana..





Kire2 pukul 8.30malam..motor Mazlee selamat berada dalam kedai Benelli Hat Yai.



Thanks alot to Bonn & Belle for your help..pisssss!!






Setel pasal motor..baru la ada kesempatan untuk makan. Sebelum uruskan motor..aku dah setelkan awal2 pasal makan malam. So diorg boleh menikmati makan malam dengan tenang..



Phiewww..!! mcm tu la beb..serba sedikit pengalaman ride hari ke-5.
Jangan lari dari masalah..sebaliknya, kite cari jalan untuk atasi masalah..
Pengajaran untuk semua..bawak duit lebih sebagai backup (emergency)..

sekian dulu untuk kali ini..
bersambung..

Adios,
Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Net