Yooosssshh….!
Salam geng..
Masih belum ada citer ride lagi :D. So aku bukak citer lain..lebih kurang citer pasal maintenance untuk RED VERSYS. Kali ni aku nak share info pasal tayar dari segi harga..dan mungkin serba skit pasal ketahanannye atau ‘long last’ org kampung aku panggil.. :P
Rasanya dah cukup setahun RED VERSYS menjadi milik aku. Dalam setahun tu..banyaklah ler maintenance yang kene buat. Antaranya, penukaran set tayar depan & belakang. Sebelum ni, RED VERSYS menggunakan tayar cap MICHELIN PILOT ROAD 2 yang sememangnya khas untuk ‘touring’. Masa amik RED VERSYS tu dulu mileage nya adalah 30,300KM.
Walaupun MICHELIN PILOT ROAD 2 sebelum ni masih ade lagi kira2 30% (belakang) dan 50% (depan)..tapi dgn mileage sebelum tukar iaitu 53, 798KM aku rasa memang dah patut tukar kot..
Long last?
Sebagai rekod..jom kite kire berapa KM Michelin PR2 mampu bertahan. Ini aku kira mengikut ape yang aku guna..tak termasuk owner lama guna sebelum ni.
Mileage masa beli : 30,300KM.
Mileage sekarang : 53, 798KM
Ketahanan : 23, 498KM (ulang-alik pegi keje, pusing Malaysia, Songkla, Betong, HatYai, Koh Samui)
Memang berbaloi gak guna PR2 ni utk orang mcm aku..maksud aku yg gunakan motorsikal untuk kegunaan harian. Dgn gaya tunggangan yang cermat (bukan meroket), tayar Michelin PR2 mampu bertahan hampir 24,000KM..
So, masa di Chear Motor, Bkt. Kuda Klang, aku tetap nak guna PR2 lagi. Tapi nasib malang, PR2 takde stock. Yang ade PR3..hmm. “PR3..aku baca review syiok guna time waktu hujan + lebih senyap berbanding PR2..dari segi longlast belum ada info lagi. Tapi aku nak yang long last..!”. Berikut adalah harga yang aku tanya:
Harga:
- Michelin Pilot Road 3 : RM1060 (set depan & belakang).
- Battlax BT023 : RM930 (set depan&belakang)
* “L” valve untuk tayar ": RM25 sebiji x 2 = RM50
Sedikit gambiran…
Aku ade bajet RM1000 jer time tu..so aku decide untuk pasang BATTLAX BT023. Tunggu la lepas ni brp KM BT023 ni mampu bertahan.
RED VERSYS dapat tayar baru..Kopak aku!!
Man Chai tgh check dan pastikan proses penukaran tayar dibuat dgn baik..
Once dah siap pasang, jumlah kene bayar termasuk “L” valve tu : RM980
Sekian info kali ini..
Adios,
Han
