Showing posts with label Ride Luang Namtha. Show all posts
Showing posts with label Ride Luang Namtha. Show all posts
9

4 Nations Ride (Day 6): Luang Namtha – Boten (LAOS-CHINA Border)

TayarGolek.Com Monday, January 16, 2012 , , ,

 

Yooosshhh…!!

 

Hari ini aku akan bawa semua pada hari ke-6 dalam siri 4 NATIONS RIDE TOUR bertarikh 10 Dec 2011. Hari ni juga merupakan hari ke-2 kitorg berada di Laos. Jika semalam kitorg telah diuji dengan jalan ‘off-road’, jalan berliku dikawasan pergunungan dan terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke malam dalam keadaan yang betul2 gelap gulita.

 

route day 6

Jika ikut perancangan hari ke-6, kitorang akan bergerak dari Luang Namtha ke Luang Prabang dengan jarak perjalanannya kira-kira 340KM diatas peta. 340KM?? dekat jer tu..tapi di Laos, walaupun jaraknya nampak macam dekat..pukul berapa sampai tu memey tak dapat dipastikan. Adakah keadaannya cantik? jalan lurus? off-road?..Semua tu aku akan citer nanti..tapi ape yang aku boleh citer skit tentang keadaan jalannya dah seemestinya bergunung-ganang.. :D

 

Ok la beb..kite jangan sembang panjang2, jom kite rewind balik pada 10 DEC 2011 yang lalu. Kemana ni??

Haaaa…jom!!

 

- - Stori - -

Awal2 pagi lagi  kitorg  dah turun ke hotel untuk melihat keadaan diwaktu pagi di Luang Namtha. Sejuk kat sana tak usah citer la..suhu waktu pagi antara 13-15 darjah Celsius. Memey sejuk..pakai pulak short..sendiri jawab la.

 

DSCN7882

Keadaan diwaktu pagi di jalan utama Luang Namtha, Laos. Masih gelap lagi...

 

Kalo korang ingat kitorg makan malam di Aysha Restoren (aka Yamuna Restoren), so malam tu kitorg request kalo boleh bukak awal skit sekitar jam 7.30pagi (Laos Time) untuk breakfast. Ini jer lah satu2 nya kedai Halal yang kitorg tau. So, tauke kedai tu setuju untuk bukak lebih awal..

 

@ Aysha Restoren – Breakfast

 

Tiba disana, Aysha Restoren dah pun buka kedai  lebih awal seperti yang dipersetujui..dan kitorg ler pelanggan pertama..hehe.

 

DSCN7883

Seperti biasa..Nescafe panas 2! Di Laos, air panas memey sesuatu yang amat berharga..

 

Menu sarapan pagi agak terhad..tak banyak pilihan. Yang ada cuma sandwich jer. Nasi goreng..jangan harap ler.

Belek punya belek menu (tapi gambiran takde), so decide ler amik sandwich. Dah tu plak aku siap order 1 lagi untuk ‘tapau’..mana ler tau kot2 nanti lapo sejuk2 nih.  Kitorg bajet sandwich tu yang pakai roti keping..sah2 kecik. Last2 bile sampai…tengok pic bawah.

 

 DSCN7884

Hamikkk ko! bapak beso sandwich ni..tapi lapo punye pasal, abis jugak makan..hahaha

 

Setel breakfast..kitorang ke hotel semula untuk bersiap dengan ride seterusnya.

 

DSCN7886

Ini ler hotel yang kitorg bermalam di Luang Namtha..DOKCHAMPA HOTEL. Jenuh gak nak carik hotel malam tadi..kebanyakkan yang ade secure parking semua full.

 

 

DSCN7885

Griffin bergambiran didepan hotel. Motor kitorg terpaksa jadi VIP semalaman sebab parking depan pintu masuk..

 

 image

Route ke Boten (LAOS-CHINA Border)

 

Tayargolek time…!!

Kira-kira pukul 9.00pagi (Waktu Msia), perjalanan kitorg bermula. Sebelum ke Luang Prabang..kitorg akan singgah di Boten iaitu sempadan LAOS-CHINA. Antara tempat yang pasti singgah apabila berada di Laos. Jarak antara Luang Namtha ke Boten hanya kira-kira 50KM menggunakan ROUTE 13.

DSCN7888

Perlahan-lahan menunggang motorsikal sambil layan suasana sejuk dipagi hari. Nyaman sungguh ler.. !

 

 DSCN7889

Antara pemandangan lain di sini adalah sawah padi. Rasanya aktiviti utama disini..

 

Bile dah santai-santai bawak motor..mata ni standard ler dok melilau kanan-kiri, mengamati keindahan alam di bumi Laos.

 

 DSCN7890

Sehingga di suatu ketika, terserempak pulak dengan 2 orang ynag tengah layan basikal.

 

Dari jalan yang lurus..bertukar skit demi skit ke jalan yang ber’corner’. Memey sedap corner ni kalo diratah!! :D

Tapi…..biar lambat asal selamat!!

 

 DSCN7891

corner demi corner kitorg redah. Time ni sempat gak aku capture gambiran disatu jalan yang bercorner. Camera yang Griffin bagi pinjam memey tak menghampakan aku untuk gambiran on the bike..sebab caranya dah kene.

 

 

 

DSCN7892

Selepas jalan bercorner…bertukar semula ke jalan yang lurus pulak. Lupa aku nak bg tau..keadaan cuaca pagi tu sebenarnya agak mendung skit. Masa balik dari breakfast dh mula renyai skit. Bila lihat keadaan jalan time ni..sebahagian jalannya masih lagi basah.

 

 @ Boten International Customs Checkpoint

 

Lebih kurang 30minit perjalanan, kitorg sampai ke Boten International Customs Checkpoint. Bila dah berada kat sini..maksudnya kitorg tinggak beberapa KM jer lagi untuk sampai ke CHINA. Ke CHINA????

 

DSCN7893

Berhenti sekejap untuk amik gambiran bangunan Boten International Customs Checkpoint(BICC). Tak berani aku nak amik gambiran on the bike..sebab keadaan jalan disini agak licin.

 

Masa nak cross BICC ni..cuak jugak kot2 diorg mintak ape2 document ke..tapi Alhamdulillah, diorg wat muka toya jer..hehehe. So aku pun buat tak tau jer ler sambil2 cross checkpoint tu..

 

DSCN7894

Selamat dah cross BICC tu. Now..teruskan lagi misi ke border LAOS-CHINA. Sekejap lagi..satu lagi impian sebelum ni bakal tercapai. Jalan agak licin dan basah..Griffin pulak dah hilang dari pandangan. Takpe..jgn gopoh..jangan kalut! Just rileks dan terus ke depan..

 

 

DSCN7895

Moment ketika tengah overtake penduduk tempatan. Helmet takdak..tapi blh tahan gak awek ni merempit.. :D

 

 @ BOTEN (LAOS – CHINA BORDER)

 

Impian kini jadi kenyataan..!!

Aku(Han) dan RED VERSYS nya..Griffin dan  DUSKY BLACK FJR nya telah berjaya sampai di sempadan LAOS-CHINA border. Wihuuuuuuuuuuu…!!

Sebenarnya tempat yang kitorg stop ni adalah 1KM sebelum sampai ke LAOS-CHINA border..dan disinilah tempatnya dimana para bikers akan berhenti untuk bergambiran. Sekarang untuk mendapatkan moment dan kenangan bahawa telah sampai ke sempadan LAOS-CHINA dengan motorsikal masing-masing.

 

DSCN7896

1st gambiran RED VERSYS di BOTEN (1KM before LAOS-CHINA border)

 

Kepuasan yang tak terucap..! seperti mimpi apabila kitorg telah berdiri disini..

 

DSCN7897

..dan inilah serba sedikit keadaan berhampiran dengan batu penanda 1KM before LAOS-CHINA border.

 

 

DSCN7898

BUKTI..! we reached here beb..!

 

Seperti yang dirancang, kitorg hanya akan berada disini kire-kire 20 minit jer. Cukup ler sekadar untuk bergambiran sebagai bukti yang motor kitorg telah berada disini.

 

 

DSCN7899 

Gambiran RED VERSYS..

 

 

 

IMG_2238

..dan jugak DUSKY BLACK FJR

 

p/s: skg bile tgk gambiran ni..memey senyum sampai ke telinga ler.. :D

 

Lepas amik gambiran..kitorg mcm biasa ler sembang2 itu ini. Last2 Griffin bagi satu idea..

Nak tau ape idea yang dicadangkan kat aku??? Tengok gambiran bawah..

 

 

IMG_2247

TayarGolek.Com meninggalkan jejak -  Tampal stiker “TAYARGOLEK.COM”. Ini ler idea nya..

Griffin : ”..tampal jer sticker u bro kat sini..”

Aku : “ eh tak pe ke bro..kang kene saman kang? ahaksss..”

Griffin : “ ehh..mana de. U tampal jer bro..lepas ni sure ramai yang ikut tampal stiker kat sini..”

Aku : “..ok..menarik gak tu..selagi takde yang mula..selagi tu ler takde yang tampal kan? hehehe..”

So dengan rasminya..aku tampal di batu penanda 1KM sebelum ke LAOS-CHINA Border.

 

P/s: harap2 ler tak tertanggal. Kalo sape2 ade pi sana..tolong ushar2 skit eh.. :D

 

 

DSCN7902

Gambiran sekali lagi..RED VERSYS with TAYARGOLEK.COM sticker.

 

Lepas tu gambiran solo. Actually kitorg ni malu skit nak posing solo-solo amik gambiran. Tapi..lantak pi laaaaa..ni bukan senang nak mai sini ooiit..hahahaha

 

IMG_2245

Ehemm..! Han TayarGolek.Com was here on 10 DEC 2011.

 

 

DSCN7904

..and Griffin also was here. cool man!! ahakss

 

 

DSCN7903

and last one..gambiran bersama. Time ni khidmat tripod ‘cinonet’ aku terpaksa digunakan. Not bad gak camera ‘coolpix’ ni..!

 

 

Sementara tengah berasap..dapat kitorg perhatikan penduduk disini. Most of them kat sini adalah adalah PRC (People of Republic China). Bukan setakat tu jer..kenderaan yang lalu lalang kebanyakkannye menggunakan nombor pendaftaran negara China.

Macam mana aku tau? ..abih dah tulisan dia tulisan Cina.. :P

 

 

DSCN7906

Peminat FJR bukan setakat kat Thailand, Myanmar atau pun Laos jer..sampai China pun diorg dok kerumun FJR ni. Actually aku terlambat skit capture..bile diorg sedar aku tgh amik gambiran..diorg ni terus blah! hahaha..mcm dah buat silap beso jer..

 

Alrite..dah hampir 25minit kat sini dah. Masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya ke Luang Prabang. Tapi sebelum gerak tu..aku sempat tanye Griffin.

 

Aku : “..bro, kat depan ni border LOAS-CHINA kan? ade ape eh?..I mcm nak pegi ler..”

Griffin : “ No problem bro..ade Immigresen jer. Kalo u nak pergi..go ahead. I tunggu sini..tapi kalo I takde u terus ke stesen minyak kat depan tadi..”

Aku : “OK bro..i nak pegi border jap..janji dapat tengak depan mata sendiri..”

 

1KM perjalanan…

DSCN7907

LAOS-CHINA border – sampai gak RED VERSYS kat sini. Nampak tak tanda ‘STOP’ tu..? kalo aku lepas line putih tu..dah kire masuk CHINA dah..huhuhu..

 

Masa amik gambiran ni..aku perasan ade sorang Pegawai Immigresen China dah ushar2 aku dari jauh dari pondok biru kat depan tu. Aku amik skali lagi gambiran yang sama as backup. Last2..Peg.Immigresen tadi dah start berdiri dah!

 

  

DSCN7909

Lepas je aku amik gambiran ni (gambiran ke-3)..Pegawai Immigresen tadi siap kuar dari pondok biru tu beb! Aku apo laie..masuk gear terus buat U-turn then blah terus dari situ..wihuuuuuu!!  amik gambiran pun nak ushar2..ape la diorg nii kan..? LOL

 

 

 IMG_2246

   Patah balik jalan tadi..menuju stesen minyak berdekatan..

 

DSCN7910

Satu-satunya stesen minyak yang ada di kawasan ini. Tengok tulisan kat stesen minyak tu..sapa boleh translate??

 

agak busy skit stesen minyak kat sini. Kenderaan banyak..terpaksa ler tunggu giliran..

DSCN7911

Sabar meunggu giliran..

 

Ok la beb..kitorg nak tunggu turn isi minyak jap. Lama gak nak tunggu ni..

Jadi..pastikan korang rajin2 bukak TayarGolek.Com untuk sambungan seterusnya..yang mana kitorg bertemu dengan group BMW dari Germany..

 

 

Adios,

Han

4

4 Nations Ride (Day 5): Huay Xai – Luang Namtha

TayarGolek.Com Friday, January 13, 2012 , , , ,

 

Yooossshhh…!!

Jumpo laie dalam cito 4 Nations Ride Tour..

aisshh! ponangan Dee & Azhar la ni sampai stori pun aku layan loghat Nogori. Ape2 pun Terima Kasih atas komen2 korang tu eh..”baru memey baru” yerrr..! ahakss

 

Alrite geng..! Kita sambung stori seterusnya..maaf ler sebab ade iklan plak utk 2 hari ni.

Jom ler! Kite tayargolek sama-sama..RED VERSYS dan DUSKY BLACK FJR meneruskan misi ‘adventure’ nye..

 

Kire-kira pukul 4.30 ptg waktu Malaysia, kitorg decide untuk meninggal……….kan Huay Xai. Kali ni aku punya semangat datang balik sebab kat tangan aku dah ade camera. Tak sure mcm mana gambiran On the Bike nanti. Harap2 nye OK..tak pe kite tgk je nanti.

    DSCN7848

Hati dah mula tenang..jiwa pun girang. Baru ler boleh bawak motor dgn tenang. Ini ler 1st try gambiran on the bike dgn camera ‘coolpix’. Not bad! tapi mungkin boleh cun lagi rasanya..bagi masa skit untuk aku biasakan dulu eh..

 

Dari pekan Huay Xai..sedikit demi sedikit kitorg meneruskan kembara ke Luang Namtha.. Menyusuri jalan2 kampung yang agak sunyi dari kenderaan. Menunggang motor di sebelah kanan jalan seakan mcm dah biasa plak..hehehe. Mungkin sebab ‘basic training’ kot semasa di Myanmar..

 

Sehingga lah disatu tempat..agak berdekatan dgn pekan Huay Xai tadi, kitorg stop untuk mengisi petrol. Seingat aku ler harge 1 liter patrol dalam 9000 LAO kips. Tapi memandangkan Huay Xai ni masih lagi kawasan border THAILAND-LAOS..maka matawang ThAI Baht masih lagi diterima.

 DSCN7849

Pening! keliru..! ini lah keadaan yang berlaku time ni. Pening nak convert harga petrol dari KIPS ke BAHT. Sorang kata harga ni..sorang lagi harga tu…datang lagi sorang (yg pegang buku tu..baru balik sekolah kot?)..dengan selambernya terus amik buku kira-kira. Lepas abis bincang2..last2 harga yang kene bayar adalah sebanyak 950Baht (2 motor). So petrol utk motor aku adalah 400Baht..

Tapi memey seronok bila tgk gelagat diorg ni..bertekak sesama sendiri..hahaha

 

Lepas dengar diorg bertekak..bayaran pun setel..tayargolek diteruskan lagi. Tak tau laa keadaan jalannye mcm mana nanti. Kitorg ade kire-kire 2JAM jer lagi sebelum hari gelap..walaupun waktu LAOS lewat sejam dari Malaysia. Tapi gelap dan terangnya tetap sama..

 DSCN7850

2nd try gambiran on the bike! Nampaknye lebih baik dari tadi..so aku dah jumpa cara untuk capture gambiran. Ape yang korang nampak disini..inilah keadaan perkampungan di LAOS. Anak2 kecil pasti akan melambai-lambai kearah kitorg apabila menumpang lalu dihadapan kawasan rumah diorang. Tapi..ini baru permulaan..

 

 

 

DSCN7851

Nice cloud! aku tak tau macam mana aku nak citer feel time ni. Kitorg dah mula jauh dari pekan..yang ade di kiri kanan hanyalah pokok2 hutan. Excited memey pasti lah..adventure yang dinanti-nantikan pasti akan berlaku bile-bile masa je lagi. Ntah..aku pun tak tau..!!

 

Dengan cuaca yang baik..memey amat bersyukur lah time ni. Kalo hujan..hmmm kepompom ler takde gambiran on the bike..!

 

OFF-ROAD……….!!!!!!

DSCN7852

Baru jer aku cakap tadi.."adventure yang dinanti-nantikan pasti akan berlaku bile-bile masa je lagi.” ..dan sekarang…kitorg dah mula meredah jalan off-road jenis ‘gravel’ ! “Takpe..pelan-pelan kayuh! Memey ini ler yang adventure yang dicari-cari..”

 

 DSCN7853

Selepas meredah off-road, jalan kembali cantik. Ni yang pelik ni…sekejap jalan berturap..sekejap off-road..dan mcm ler seterusnya.

Time ni aku bawak motor sambil berdiri melihat pemandangan petang di bumi LAOS.

“ LAOSSSSSSS…!! I AM HEREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE…!!” ayat tu ler yang aku sebut..jerit sekuat hati tanda kepuasan yang terhingga..!! Fuhhhhhhh….!

 

Dalam perjalanan ini..kitorg beberapa kali bertembung dengan group BMW dari Thailand yang datang dari arah bertentangan. Ramai jugak..lebih 10 buah motorsikal. Sambil menunggang..masing2 mengangkat tangan tanda “salam bikers” walaupun masing2 tak kenal. Tak cukup yang dengan yang duduk..yang berdiri sambil mengangkat tangan pun ade. Aku pun apo laie..sambil berdiri sambil mengangkat tangan kiri membalas tanda “salam bikers” tadi..(sebab dah biasa buat).

“..Memey satu moment yang best! Semangat berkobar2 untuk meneruskan perjalanan yang mencabar didepan..mungkin jugak diorg tadi mengucapkan “Good Luck!”  dengan cabaran yang bakal menyusul dihadapan kat kitorg yang baru jer masuk LAOS. Manakala diorg pulak dah berada di penghujung negara LAOS…”

 DSCN7854

Pemandangan di bumi LAOS memey tak lari dari bukit bukau dan gunung-ganang. View memey superb! Tapi..ni baru permulaan..jauh lagi perjalanan kitorg beb. Apa yang aku dapat tunjuk ni hanye ‘seciput’ jer..tapi sekurang2 nya aku dapat share pengalaman bersama..

 

..aku stop dulu gambiran on the bike buat seketika. Jalan disini time ni dah mula ‘off-road’ dan ‘on-road’ secara berselang-seli. Tapi yang nyata..’off-road’ lebih panjang jaraknya berbanding ‘on-road’.

So aku nak ride dulu yer..!  al-maklum..1st time ni..tak tak tau condition seterusnya mcm mana. Perlahan-lahan..sedikit demi sedikit nak bagi biasa dengan keadaan jalan di LAOS.

 

Selepas kire-kire sejam on the bike..we all stop and take a short break!


Meh layan gambiran selepas sejam diatas motor..

 

 DSCN7855

Jalan dah bertukar ke jalan merah yang lecak..jalan basah. Tengak rupa RED VERSYS tu..!

 

 

 DSCN7856

Suasana time ni memey sunyi..sekali sekala jer nampak kenderaan lalu.

 

Sambil berehat kitorg bersembang2 pasal jalan dan laluan yang diredah setakat ni. Memey tersenyum lebar..sebab impian menunggang motor di Laos yang terkenal dengan ‘adventure’ nya..kini jadi kenyataan.

 

Kitorg sedar walaupun ini hanya baru ‘permulaan’..setidak-tidaknya perasaan bangga pada diri sendiri perlu ada..sebabnya? Motor kitorg dah kene ‘lumpur di bumi Laos’..!! hahaha..

 

 

  DSCN7858

  ..jalan merah ni bikin tayar pun bertukar merah! hahaha..that’s what I want..! wihuuuuuuuuuuu…!!

 

 

 

DSCN7859

..jenuh nak basuh sok nih!! :D

 

 

 

  IMG_2220

Rim motor bertukar kaler ‘aloi’ dah..

 

 

 

IMG_2219

Ni sikit lagi dari DUSKY BLACK FJR bertukar ler tu ke RED FJR..kekeke

 

 

DSCN7857

Cukup 15 minit break..kene ‘chaltae’ lagi beb! Tak blh lepak lama-lama..jauh lagi perjalanan ke Luang Namtha.

 

 

On the bike..!

 

   DSCN7860

Bila pakai camera ‘coolpic’..tangan ni terasa ringan jer nak amik gambiran..lebih mudah walaupun dalam keadaan ‘off-road’. Aku rasa ada hikmahnye jugak bile G11 tak dapat memberilan khidmat di LAOS..(alasan sedapkan hati..)

 

Tapi tak banyak gambiran yang dapat aku amik..atas sebab2 keselamatan dan juga keadaan jalan yang mula berliku-liku (bercorner).

Dia punya corner beb..dah macam ala-ala Kuala Kelawang + Genting Highland + Cameron Highland…phieww!!

Max gear…gear 3!

Max Speed…60KMJ!

MAX RPM….3500rpm

Average Speed…30-50KMJ!

Bukan tak mau layan corner kaw-kaw..kitorg tak biasa dgn tempat ni lebih2 lagi dinegara orang. Kang layan sungguh nanti kot2 terkucil memey tak citer banyak dah..memey jatuh gunung terus! Haaa..sapa mau tolong??

Tapi walaupun bercorner..keadaan jalan selepas break tadi dah mula cantik! Memey cantik..!!

 

Stop lagi..letih beb layan corner ni. dah ler hari ni byk urusan “border to border”..

 

Sambil2 berehat..kite layan gambiran lagi..

DSCN7861

Scenery petang ketika matahari mula terbenam..sunset orang kampung aku kata. Hari dah mula gelap..perjalanan ke Luang Namtha baru jer diredah kire2 80KM selama hampir 2 jam. Perghh..! gilo ahhh..

 

 DSCN7863

Bulan pun dah nampak..dan kitorg pulak masih kat tengah2 hutan + kawasan bergunung..

 

 DSCN7862

Jalan di LAOS – ini ler jalan yang aku citer tadi..lepas abis jer ‘off-road’ keadaan jalan lepas tu memey TERBAIK!! Ini buktinya..

 

Ni yang tetiba terasa nak baring kat atas jalanraya bumi LAOS nih!!

Aishhh..! kang aku buat kang..!

  IMG_2225

Kene Candid - Bile dah nampak keadaan jalan mcm ni..apo laie!!! Den amik peluang ler untuk baring di atas jalanraya Loas..! Wihuuuuuuuuuuuuuuuu…!! Bukan baring kat tilam tauu..jalanraya tu. Bukan sonang nak dapek peluang nih..haha. Memey lengang + sunyi sepi jalanraya time ni beb..

 

 

 

   DSCN7864

Bile tengok gunung-ganang kat belakang tu…ntah2 kitorg dari sana kot?

 

 

 

DSCN7865

..my bike! ahakss..

 

 

..dan last gambiran sebelum sambung ride. Saja nak tunjuk selekoh seterusnya..

 

IMG_2227

..dah macam ‘ular nak mematuk’ dah jalan tu. Tapi tu ler hakikat yang kitorg nak tak kene redah jugak nanti..

 

Dipendekkan citer..

Takde lagi gambiran on the bike selepas tu..sebab busy dengan corner2 yang ado.

 

 DSCN7867

Layan corner dikawasan pergunungan diwaktu malam..

 

Dari hari terang kitorg mulakan perjalanan..sehinggalah bertukar waktu ke hari gelap..masih lagi diatas motor. Inilah antara cabaran yang perlu dilalui apabila ride di Laos. Walaupun jaraknya nampak dekat..tapi terus terang aku cakap..dengan keadaan jalan yang bergunung-ganang, ditambah lagi dgn corner2 nya..memey agak sukar nak bajet timing untuk sampai ke destinasi. Dengan sedikit letih..kitorg terpaksa melayan corner2 ni pada waktu malam.

 

Memey agak bahaya..! Kalo boleh kitorg nak ‘void’ dari ride pada waktu malam. Tapi..takde pilihan dah. Waktu tu keadaan sangat gelap tanpa lampu ditepi jalan. Sesekali..ada lori treller baik punya ‘makan jalan’  bile tengah amik selekoh sebab mungkin driver treller tu bajet takde sape2 nak lalu jalan mcm ni malam-malam. Ade pulak treller yang selamber pakai ‘high-beam’!!

Mujur jugak lampu FJR ni bapak terang..treller tu ‘high-beam’..FJR pun ‘high-beam’ balik ler!! Last2 surrender hahaha..baru dia tau FJR punya lampu..

 

Suhu dikawasan gunung semakin lama semakin rendah..kitorg dah mula kesejukan dah ni! Tak sure ler berapa tempreture time ni. Tapi agak2 aku lebih kurang 16’C..sejuk tuu!

 

Sepanjang perjalanan time ni..kalo boleh memey nak berhenti sekejap. Mata dah mulal berpinar lepas kene high-beam treller..visor pulak dah start ‘fogging’ walaupun ada ‘antifog’. Tapi bile fikirkan tak jumpa kawasan yang agak selamat untuk berhenti tu..niat tu terpaksa ditangguhkan..

 

Akhirnya..

Jumpa sebuah pondok/kedai yang ade lampu..kedai tu tutup tapi lampunya terpasang. “Arhh..lega! boleh ler parking dan berehat sekejap..”.

 DSCN7870

Gelap gulita – mcm ni ler keadaan time tu..gelap segelap2 nya.

 

 

DSCN7869

Pakai ‘flash’ pun setakat ni jer boleh pegi..

 

 

IMG_2228

G12 punya gambiran pulak..

 

  IMG_2231

..ade kawasan kampung rupanya kat situ. Mcm tu erk kehidupan diorg setiap hari..hidup tanpa bekalan elektrik. Kita?….kene bersyukur banyak-banyak.

 

Dipendekkan cerita lagi..perjalanan diteruskan.

 

IMG_2232

Kilometer demi kilometer tayar bergolek..akhirnya kitorg sampai ke Luang Namtha tepat pukul 9.05 malam waktu Malaysia. So boleh imagine sendiri dengan jarak 180KM mengambil masa  hampir 5 jam…! Menarikss kan??

 

Pertama sekali kitorg cari bile sampai di pekan Luang Namtha adalah kedai makan!! bukan setakat lapo jer dah ni..tahap KEBULUR ko tauu..! pehhh..

 

Malas nak cross jalan..kitorg parking jer motor kat seberang.

 

 DSCN7874

Nak test gak camera ni gambiran malam tanpa ‘flash’. Tapi hasilnya..baik jangan buang bateri ler untuk gambiran malam.. ;)

 

 

@ AYSHA RESTAURANT (previously YAMUNA RESTAURANT)

Salah satu atau pun satu-satunya restoren halal di Luang Namtha yang menyediakan makanan ‘Indian Food’. Takpe..kite try masuk dulu..dan tgk menu ape yang menarik. Jangan cakap banyak beb..aku memey lapo giler nihh..

 

DSCN7871

“lega beb..bile jumpa kedai makan halal. Port utama kebanyakkan biker dari Malaysia  berhenti makan disini..”

 

 DSCN7876

Nah amik..salin no tepon tu! hehehe…kot2 sok2 korang pegi sana..bleh order siap2. Sampai2 jer semua dah ready.. :P

 

Order dah amik..skg kene ‘sabar’ skitttt je lagi untuk dapat makanan..

 

DSCN7877

Walau ape pun…NESCAFE PANAS ni memey terBAIKKK!! Harga segelas – 2500Kip

 

Lama tu tak ler lama…tapi bile dah lapo, 2 minit pun lama..hahaha.

Makanan dah sampee..!

 

   DSCN7878

Gambiran blur skit – Ini ler dia..”Nasi Briyani Ayam kene Timbus” versi Luang Namtha, Laos. Harga nye bapak mahal..main RIBAN-RIBAN jer!! -  32,000Kip.

 

  DSCN7879

..dan ayam masak ape ntah..lupo plak namo eah! Harganya – 26,000Kip

 

Dah..dah oiiit! asyik gambiran jer bile nye nak makan! Aku makan dulu eh..Griffin senyap2 jer tgh makan.. :D

 

DSCN7880

“Jemput makan yer..”

 

  DSCN7881

oppppppp..! satu lagi..sebelum terlupa..sempat lagi tampal sticker “TAYARGOLEK.COM”..ngeh ngehh.

Lepas ni..bertambah ramai ler tampai stiker kat sini..huhu

 

Ok beb! aku nak makan dulu..nanti aku sambung lagi ke destinasi seterusnya. Lepas ni satu hal lagi nak redah cari hotel/guest house..

 

Adios,

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Net