Yooosshhh..!!
Salam Sejahtera buat semua..
Firstly..aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan..
“SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT SEMUA..SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DIBULAN YANG MULIA INI..”
Sekadar berkongsi cerita pasal keadaan tangan aku dgn pengunjung TayarGolek.Com. Meh..aku stori skit pasal appointment aku semalam. Ni kira bg update lah status tangan kiri aku..
Semalam 10/08/2010 genap 2 bulan tangan aku bersimen. Letih pun ade..naik rimas pun ade. Pada hari yang sama juga aku ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hati girang bukan main lagi..ye ler sbb simen kat tangan kiri ni bakal dibuka pada hari tu..lega ler sikit nanti..hehe. Dah berangan nanti raya boleh pakai baju melayu tanpa simen kat tangan..adeh! mcm2 ler..pose pon belum dh berangan sibuk nak raya..hahaha.

Appointment jumpa Dr. Askandar pukul 9.00pagi dan appointment pagi tu adalah untuk buka simen dan keluarkan ‘2 bijik paku’ dari tangan aku nih. Skali sampai sana..alamek!! punyer ler ramai manusia yang ade appointment pagi tu. Walaupun giliran aku tu cuma 3 orang je lagi..tapi macam tak bergerak pulak angka tu. Dalam hati kata “ sabo..1 bln lebih blh tunggu..takkan 10-20minit tak blh tunggu kan?..” saja sedapkan hati.
Sementara menunggu giliran, wife aku candid ler skit gambiran anak2 aku time kt spital..

Kesian anak2 aku..dari cuti skolah sampai sekarang tak abis2 makan angin kat hospital..
2105..! wooo…turn aku dah nih!
Macam sebelum nih..proses memotong simen tu dibuat kat bilik lain. Kali ni pon sama..nurse yang bertugas bagitau aku yang Dr. Askandar suruh tunggu di bilik yang sama spt sebelum nih. So, aku terus kesana..
Tunggu lagi..!
Mana ler doktor nih..tak senang duduk aku dibuat nye..
@ Bilik rawatan..
At last..datang dah Dr. Askandar ke bilik rawatan. Sebelum masuk bilik tu aku tanye ler samada boleh amik gambiran ke tak? Tapi takde ler aku ckp “gambiran” kat doktor..mau dia ingat gambir Sarawak plak nanti..hahah. Then, Doc said “ no prob..u can take as many you want..” haha..sempoii!!
Serba skit pics kat dlm bilik rawatan..Thanks to my wife aka Mrs.Han TayarGolek (cepat jer dpt nickname tu..) shot the pics.

Berdebar ler plak..!


Peralatan lain untuk mengompil/mengepak..betul ke word tu? nasib baik kapak..tukul besi..chainsaw takde dlm ni..
Now bermulalah kerja2 membuka simen kat tangan aku oleh Dr. Askandar.

time belah simen ni ler paling aku risau ..takut terkene tangan jer. dah ler tangan aku semakin ‘slim’..

Sekarang..kerja2 mengepak pulak..

nah ko..! dah mcm kepak durian jer..

Dan..akhirnya, selesai keje2 membuka simen.

Fuhh! Legaa rasanya bila simen dah takde..

Macam ni ler keadaan tangan aku beb..’slim’ giler
Zoom in skit..senget ler pulak tangan aku tu..sedih!
Bile dah setel pasal simen tu aku ingat doktor akan terus cabut ‘paku’ tu..rupanya tak. Kene pegi buat x-ray dulu..cabut besi tu bergantung pada result x-ray tu nanti.
Dipendekkan stori lagi (blh tahan jugak panjang entry ni kan?), x-ray dah siap..kene tunggu turn utk jumpa Dr. Askandar skali lagi. Ape blh buat..tunggu jer ler. Tapi bila simen dah takde kat tangan..mmg rasa sensitive sikit with any movement. Gerak skit jer terasa sakit lebih2 lagi ibu jari tu tak boleh gerak sangat..genggam lagi ler tak boleh..mcm mana nak tarik clutch motor nih??
Oklah..aku update lagi status tangan aku.
Semasa sesi ke-2 jumpa Dr. Askandar selepas z-ray, beliau bgtau keadaan tangan aku adalah lebih baik dari sebelum ni. Tetapi masih belum pulih sepenuhnya seperti yang dijangkakan. Struktur tulang masih belum berada di posisi yang sebenarnya. Senang citer..masih senget. Kes patah tulang macam ni dipanggil “Scaphoid Fracture of the wrist” dan agak complex. Beliau suruh aku google kalo nak tau lebih detail.
Kemudian, kerja mencabut kedua-dua cerucuk besi kat tangan aku telah selamat dijalankan. Kali ni terasa sakit skit compare dgn tangan kanan haritu. Tapi sekejap jer sakit nya sbb perasaan lega tu lebih kuat..hahaha. So..boleh ler pakai baju melayu tanpa simen raya nanti..heheh
TETAPI..
Ingatkan hari ni(semalam) hari terakhir tangan aku bersimen..sekali kene simen balik daaa..Doktor terpaksa simen skali lagi tangan aku untuk memastikan tangan tak bergerak dan mengekalkan struktur tulang ‘scaphoid’ buat sementara waktu. Takpe lah..aku ikut jer kata Doktor mana yang baik.
..Harapan nak berhari raya tahun ni dengan baju melayu tanpa simen “HANCUS BERKECAI”!! kehkehkehkeh. Haaa..tu laa, excited terlebih sangat..Ape boleh buat..ini lah takdir.. :D
So, Dr. Askandar sambung lagi MC aku sehingga 22/09/2010. Sebulan lebih gak tu nak jumpa balik…!
Mcm tu ler serba skit update keadaan tangan aku. Bile baca info pasal ‘scaphoid fracture’..mcm2 aku fikir. Nampak gaya nya mcm lambat lagi aku blh menunggang motor silap2 haribulan mungkin tahun depan..ntah ler beb! Terfikir gak mcm nak “quit riding” & let go motor ER6N aku tu buat seketika sebab taknak tanggung risiko menunggang motor selagi belum pulih 100%..dan nasib baik motor aku takde depan mata..kalo tak lagi merana hati aku..tapi belum ada kata putus lagi. Tengok lah mcm mana nanti..
Ok la geng..panjang lebar dah aku merepek nih..kesian tgn kanan aku bekerja keras menaip. Sehingga bertemu lagi nanti..InsyaAllah.
Akhir kata:
“Pohon ampun dan maaf buat semua andai ada salah silap aku selama ini. Selamat Berpuasa dan semoga amal ibadah kita diberkati..”