4

TayarGolek.Com Tour to Krabi : Intro

TayarGolek.Com Friday, March 29, 2013
Yoooosssshhhh...!

Salam Sejahtera semua..

Minggu ni aku update stori de mori TayarGolek.Com seterusnya dari kampung di Penang. Tengah cuti2 la katakan. Pun still buzy dengan hal harian.Walaubagaimanapun, aku akan cuba update dari semasa ke semasa.



Entry kali ni aku akan bawa semua rakan2 pembaca yang dihormati, TOUR TO KRABI yang telah berlangsung pada 31 Jan - 4 Feb 2013 yang lalu.

TOUR TO KRABI ni merupakan ride pertama yang diorganize sepenuhnya oleh TAYARGOLEK.COM untuk memberi peluang kepada pembaca dan rakan2 motor terutama sekali kepada mereka yang pertama kali yang berhajat untuk melepasi border Malaysia dengan motorsikal.

Ride bukan sekadar ride, tapi selain membawa mereka kesana..beberapa tips & sedikit ilmu mengembara dikongsi sama kepada mereka yang mengikuti ride ini tentang "apa yang perlu" dan "tips keselamatan" sewaktu berkomunikasi dengan orang tempatan. Tips2 yang diberikan adalah untuk keselamatan diri dan rakan2 lebih2 lagi datang ke negara orang dengan motorsikal.Ilmu yang sikit..dikongsi sama agar lebih berkembang.

TAHNIAH aku ucapkan kepada rakan2 pembaca & rakan motor yang telah menjayakan ride TOUR TO KRABI yang lalu. Antara mereka yang join:

1. Wendy - VERSYS 650
2. Paiz - VERSYS 650
3. Jebat Derhaka - ER6N 650
4. Hasnul - ER6N650
5. Tebu - ER6N 650
6. Arynaz - FJR 1300
7. Sam WTR - ER6F 650









31 Jan - 4 Feb 2013:
Day 1: KL - Songkhla
Day 2: Songkhla - Krabi
Day 3: Krabi
Day 4: Krabi - Hat Yai
Day 5: Hat Yai - KL

5 hari trip ke Krabi ini, kitorg telah berjaya menggolekkan tayar motor masing2 sejauh 1804KM.

Alhamdulillah..5D4N semua berjalan lancar..semua happy dengan program yang diatur.  Ride yang dikemudi oleh aku sendiri berjalan dengan baik, tanpa ada sebarang masalah, tiada yang tertinggal, takde yang sesat..pendek kata aku bawa diorg ride dengan santai de mantai sambil menikmati pemandangan sekitar sepanjang perjalanan. Kerjasama yang TERBAIK, sentiasa mengikut arahan semasa berkonvoi..aku akui - mereka adalah PEMBACA & PENGIKUT TEGAR TAYARGOLEK.COM. Tak perlu diterangkan secara detail..masing2 paham dengan gaya & style riding TayarGolek.Com.

Seminggu sebelum bermulanya ride, aku telah mengadakan satu TTS bertujuan untuk bagi taklimat tentang "DOs and Don't" dan iternary perjalanan. So, dipagi ride..semua dah tau timing dan jadual, cukup time terus tayargolek.




Terima Kasih dan Tahniah sekali lagi buat mereka semua. Korang memey SEMPOIII abis..!! Caya lu bro2 semua. InsyaAllah..ada rezeki, kite bertemu lagi pada ride seterusnya pada 19 - 23 APRIL 2013..kemana? Kite ke KOH SAMUI..!!








Gambiran skit:

Ketika sampai di Songkhla



 Head of the Dragon, Songkhla


On the way ke Krabi

 

Island Hoping


p/s: sapa2 yang berminat untuk mendapatkan khidmat TAYARGOLEK.COM trip ke Krabi atleast 10 buah motor, sila email ke: han@tayargolek.com



Ikuti laporan  TOUR TO KRABI seketika nanti.



Adios,
Han
13

Indochina Ride (Day 12): Dannok to Kuala Lumpur

TayarGolek.Com Wednesday, March 27, 2013







Yooosssshhhh... !

Salam Sejahtera semua..

Hari ini merupakan episod terakhir dalam siri INDOCHINA EXPEDITION yang telah merentas 4 sempadan negara MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM bermula 06 - 17 DEC 2012. 12 hari perjalanan diharungi..dan Alhamdulillah pada entry kali ini aku akan kongsi serba sedikit perjalanan dihari ke-12 dari Dannok ke Kuala Lumpur. Walaupun hati dah takde mood dah nak amik gambiran ataiu sebagainya. Tapi..gagahkan jugak ler beberapa keping gambiran untuk pembaca TayarGolek.Com.

Macam tak caya je dah nak abis..episod akhir dah pun. 12 hari punye ride..3 bulan baru nak abis..hahahaa. Ape2 pun kite teuskan jugak la skit tayargolek dihari ke-12.

Jom..








@ KPK Hotel, Dannok




DSCN2440


Kitorang bermalam di hotel KPK..ni je la hotel yang terlintas difikiran. Lepas je breakfast, kitorg bersiap untuk check out dan sambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur, Malaysia











DSCN2442

Kire2 8.30pagi waktu tempatan, tayargolek untuk hari terakhir misi INDOCHINA EXPEDITION bermula. 490KM bakal diredah..




DSCN2443

Sekelip mata je dah sampai border..




DSCN2444

BON VOYAGE..ehh belum lagi. Kasi cop passport dulu :)




DSCN2445

motor sudah parking..





DSCN2446


Kasi tinggal jap motor kesayangan kat sini. Nak settle document dulu..



DSCN2448

Baru perasan..design banner tu dah tukar (gambiran diambil pada 17 Dec 2012)



Setel urusan passport dan Kastam, tayargolek untuk masuk Malaysia pulak. So far, semua berjalan dengan lancar..

DSCN2449

..dan selamat keluar dari Thailand. Kini menuju pulang ke tanahair tercinta..MALAYSIA..wihuuuuuuuuuu




DSCN2451

Welcome back to Malaysia






DSCN2452

Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pun lengang. Memey syiokk la sebab tak ramai manusia..                                        



DSCN2453

Pelan2 kayuh..tunggu giliran masing2 :). Dah tak lama dah..tak sabo nak jejakkan tayar motor di negara sendiri..




Alhamdulillah..segala urusan Imigresen Malaysia selesai tanpa sebarang masalah. Skg kitorg dah selamat berada di bumi Malaysia..wihuuuuuuuu..! maka dengan ini secara rasminya misi INDOCHINA EXPEDITION berakhir dengan satu kejayaan peribadi yang amat membanggakan buat kitorg. Aku kongsi kejayaan ini bersama semua rakan2 pembaca TayarGolek.Com dan rakan2 sepermotoran.

"Congratulation to us bro..! yes..! we did it..!!" itu la kata2 sebagai tanda kepuasan buat diri masing2 sewaktu kitorg berhenti  jap mengambil nafas legaaa..phiewwwwwwww..!!


Walau ape pun perjalanan masih jauh lagi untuk kembali ke Kuala Lumpur.



DSCN2464

Perjalanan ke Kuala Lumpur terus diharungi..cuaca agak mendung2 manje gituwwww...hmmm..kalo hujan aku pasrah..hehehe






DSCN2469

70km dari border..mcm biasa, stop jap di R&R Gurun. Haaaaa..kasi flush segala minyak2 petrol yang ade ni dengan petrol Malaysia laa..


Sambil2 tu kasi rehat skit..kumpul tenaga untukmengharungi perjalanan berbaki 400KM lagi.Adoiyaaii...jauhnye rasa nak  redah balik..huhuuu..




DSCN2473

Takpe..orang kata pelan-pelan kayuh. Biar lambat asalkan selamat. Itu ler kata2 azimat yang sentiasa kitorg pegang untuk perjalanan yang jauh. Yang kat rumah..biarlah kat rumah, tunggu je la kitorg sampai nanti..:)




DSCN2475

Dipendekkan cerita..kitorg stop sekali lagi di R&R Gunung Semanggol. Cukuple kot sekadar minum air je. Lapo? tak terasa sangat..air je dah cukup.

p/s: tak banyak amik gambiran on the bike waktu balik..


DSCN2476

Kasi rehat jugak ini motor..

DSCN2477

Semakin ditenung lama2..semakin sayang banget gue dgn RED VERSYS :))


DSCN2478

Cukup 15-2minit di R&R Gunung Semanggol tadi..kitorg sambung lagi tayargolek. Huiii...boring giler weii! hahaha..Lemauuu gilerr mood time ni..



DSCN2497

Kengkadang cuaca bertukar cerah pulak. E'ehhhh..memain pulak nye..



ek.C

Gambiran sekitar Ipoh. Wihuuuuuuuuu...! timing cun pulak waktu ni..cuaca agak baik. Ape lagi kasi amik gambiran ler.




DSCN2503

...dan close up skit dgn bukit2 batu kapur tuu.

Owhh ya...lupanak bgtau pulak, masa break tadi ada dapat message dari kawan2 katanya diorg nak sambut kepulangan kitorg balik di Suria Teh Tarik. Fuhhh..! terharu gua beb..sokongan kawan2 sepermotoran yang sui menyambut kitorg di Setia Alam. Terima Kasih banyak2 kepada semua..




DSCN2511

Diringkaskan lagi..berhenti rehat lagi di R&R Tapah. Mcm biasa jugak..berhenti untuk topup skit petrol dan break. Kasi lurus semula urat2 kaki..hehe



DSCN2513

..tayargolek time! beberapa KM selepas R&R Tapah tadi..cuaca cerah bertukar menung gelap. Macam aku cakap tadi..aku pasrah jer. Seronok gak mandi hujan atas highway..sejuk skit badan.



DSCN2514

Hujan tu air je kan...? korang ingat kitorg nak berhenti teduh bawah flyover? Sorryyyy..jalan terus + jangan toleh belakang..(mcm penah dengar je ayat tuu..hahahaa)

Nasib baik jugak keadaan PLUS highway agak lengang. Mana tak nye..hari isnin kan, org lain tengah sibuk bekerja kot? kot laa... :P

Seterusnya, kitorg amik laluan Lebuhraya Guthrie untuk ke Shah Alam. 1st time jugak lalu lorong motor kat Guthrie. Sengal gak lalu lorong motor..tak best langsung. Kalo malam baik ikut jalan kereta la sebab mcm kurang selamat. Tapi kalo kantoi..sendiri jawab ehh


@ Suria Teh Tarik, Setia Alam

Selamat sampai ditempat seperti yang dirancang oleh kawan2 yang lain kire2 pukul 5.30ptg.

DSCN2518

Cikgu Pojul..antara salah sorang rakan yang organize untuk menyambut kitorg waktu tu. Tengok tu..siang2 dah sampai..hehe. Mekaseh banyak ye Cikgu Pojul..kesudian menyambut kitorg nih. Sangat2 dihargai dan rasa lebih BERMAKNA ride INDOCHINA ni. Kawan2 yang lain..ada yang masih dalam perjalanan. Tak kurangnye jugak yang sangkut dengan hujan lebat..





DSCN2519


RED VERSYS dan DUSKY BLACK FJR kini berada ditempat asalnya..port ngeteh ler. Kepuasan tak terhingga...



DSCN2520
 Alhamdulillah..syukur kepada Ilahi, berkat doa dari kawan2 dan semua pembaca yang tak putus2 memberi semangat dan sokongan kpd kitorg..WE DID IT..! MISSION ACCOMPLISHED..! wihuuuuuuuuuu...!! Ini lah saat dan detik waktu ni, tangan digenggam erat tanda kepuasan diatas kejayaan yang dicapai.

DSCN2521

Inilah rakan2 yang turun petang tu..Snooke, Adimz dan Cikgu Pojul..TERIMA KASIH bro..korang betul2 bagi aku terharu la beb. Tak tau aku nak kata ape..terharu dan gembira yang tak dapat nak diluahkan dgn kata-kata.Phiewwwwwww..! mau menitik air mata jantan aku waktu ni...huhuhu...

Masing2 tak sabar nak dengar stori de mori..hehee. Relax..kitorg citer skit2 dulu tp penuh dengan perasaan. Selebihnya., aku stori nati kat TAYARGOLEK.COM nanti. Sebagai tanda sokongan dan celebrate diatas kejayaan aku (Han) & Griffin dalam misi “INDOCHINA EXPEDITION” ni..Snooke sekali lagi mcm tahun lepas,dengan bermurah hatinye belanja makan+minum petang tu. TERIMA KASIH Snooke sebab belanja makan..semoga diluaskan lagi pintu rezeki.

 Dengan ini, jarak untuk hari ke-12 adalah 491KM. 


Rakan2 dan pembaca yang dikasihi sekalian..
Begitulah berakhirnya misi "INDOCHINA EXPEDITION" pada hari ke-12. Dan...inilah storinya..inilah ceritanya seperti yang aku janjikan. Aku kongsi pengalaman ride kepada semua pembaca yang sentiasa menyokong dan tak jemu2 menunggu update dari semasa ke semasa. Catatan demi catatan "RIDES".."JOURNEY"..dan "EXPLORATION"..serta pengalaman demi pengalaman dikongsi bersama bermula dari hari pertama sehinggalah hari terakhir INDOCHINA EXPEDITION 2012. 

Apa yang aku tulis adalah “IKHLAS DARI HATI” aku sendiri berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Maka dengan ini juga,jumlah jarak keseluiruhan ekspedisi ini yang berlangsung selama 12 hari adalah sejauh 5881KM

Day 1: 1100KM
Day 2: 498KM
Day 3: 432KM
Day 4: 547KM
Day 5: 287KM
Day 6: 260KM
Day 7: 300KM
Day 8: 280KM
Day 9: 413KM
Day 10: 538KM
Day 11: 735KM
Day 12: 491KM



Jadi, sebelum aku tamatkan episod ini..


TERIMA KASIH tak terhingga buat Griffin yang banyak membantu dan turut sama2 menjayakan  ride ini. Bantuan dan sokongan mental tatkala RED VERSYS menghadapi masalah teknikal pada hari pertama memey aku hargai.

Tak lupa buat Bro YEMPAUL ANTONIO, rakan Overlander dari Singapure yang banyak memberi bantuan informasi kepada kitorg tentang Vietnam. Sesungguhnya bantuan dan info yang diberikan amat2 berharga dan kitorg hargai. Thanks bro..!


Buat keluarga aku & keluarga Griffin..Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan..serta amat memahami minat kami untuk ‘mengembara’ lebih jauh..dan lebih jauh.


 Sedikit nukilan..

"Pengalaman demi pengalaman dilalui..satu demi satu negara direntasi. MYANMAR & LAOS dah setahun dalam memori..dan kini CAMBODIA & VIETNAM pelengkap ekspedisi. Diam tak diam Asia Tenggara (mainland) telah dijejaki, hanya dengan RED VERSYS buatan Kawasaki..hihi

Ride Adventure bukan lagi mimpi..jalan offroad seolah hampir sebati. Jalan berlubang sana-sini..itu semua tolak tepi janji misi dikecapi. 'Fadang Fasir' dahulu nya hanya idaman hati dan mimpi..walaupun RED VERSYS rebah,  kini semuanya terjawab apabila berpijak dibumi dengan kaki sendiri. 

Itulah pengalaman..dan itulah memori. Hampir 4 bulan "INDOCHINA EXPEDITION" berlalu pergi..terasa mcm baru semalam je ia pergi. Segala cerita, segala pengalaman dikongsi bukan untuk dipuji. Tapi, inilah realiti. Manalah tau esok lusa nanti..kawan2 pergi dengan informasi yang diberi. Pengalaman berharga yang sukar untuk diungkapkan..Syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah.."


Akhir kata "Pengalaman mengembara sukar dihuraikan. Kepuasan menjejaki tempat yang impikan sememangnya sangat bererti. Ayuhh..! Ayuhh..kawan2 ku, kite keluar mengembara lihat dunia luar..kite mengembara melihat keindahan alam. Kita amati..itulah indah dan agungnya ciptaan Tuhan.."

Dengan ini, aku tamatkan stori de mori  “INDOCHINA EXPEDITION (MALAYSIA-THAILAND-CAMBODIA-VIETNAM” pada episod ini. Segala yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi..sekadar untuk dikongsi sama.Sekiranya segala salah silap +  sepanjang penulisan stori ini, maaf dipinta.

 Inilah “TayarGolek”..“The Rides…The Journey”. Selagi “tayar masih bergolek..selagi itu TayarGolek.Com menemui anda.
Kita jumpa lagi di entry/ride yang lain akan datang. 
Thanks for your support + Thanks for reading..

Adios,
Han



4

Indochina Ride (Day 11): Prachuap Khiri Khan to Dannok

TayarGolek.Com Sunday, March 24, 2013

Salam Sejahtera semua..

Jarang2 aku update pada hari minggu..tapi nak kejar masa punye pasal, aku update jugak le skit.

INDOCHINA EXPEDITION dah semakin ke penghujungnya. Menjejakkan kaki di Tanahair nanti, maka berakhirlah misi dinegara THAILAND, CAMBODIA dan VIETNAM. Yer..! mood sekarang memey dah slowdown giler2 dah..takde apa nak toleh selain selamat masuk ke tanahair dah jumpa family. Aku nak tulis ni pun terasa dah slow nye bile dah hujung2..hahaha. Walau ape pun perjalanan dihari ke-11 perlu diteruskan jugak.

 

Aku akan bawak korang ke-11 di INDOCHINA EXPEDITION pada 16 DEC 2013.

 

Jom..!

Bangun pagi mcm biasa..hotel yang simple ni tak sediakan bekfat. Tak jadik masalah kat kitorg, bekalan maggi dan nescafe 3 in 1 masih mencukupi. Lepas on the bike nanti boleh ler beli apa2 yang patut kat 7-Eleven nanti. Tempat ni memey kitorg tak expect ape2..ada kedai makan, kitorg cari. Tapi kalo dah takde..makan je ler bekalan yang ada. Explore tempat baru..dan kongsi kepada semua. Inilah target kitorg. Mana le tau korang esok2 ride jauh2..lebih jauh dari ape yang kitorg buat..tips atau info2 yang ada di TAYARGOLEK.COM serba sedikit dapat membantu persediaan perjalanan korang nanti ye :)

 

IMG_4434

Sebelum bekfat (breakfast)..kitorg lepak tepi pantai dulu. Amik udara pagi yang jauh dari bandar…dengar deruan ombak. Suasana yang tenang dan nyaman..fuhh! relaxing..! waktu2 sekarang ni memey untuk relaxkan semula fikiran + badan setelah beberapa hari meredah perjalanan yang adventure.

 

 

P1040406

Terus terang aku tak sangka..Pracuan Khiri Khan di Kui Buri ada tempat cantik mcm ni. Tak ramai orang..sure tak ramai yang tau atau belum pernah bermalam disini. Kalo ada pun mungkin bilangannya agak sedikit.

 

 

 

P1040407

Merenung kearah lautan diwaktu pagi…

 

 

 

P1040408 

Dari suasana masih gelap..hingga terbit sinar fajar mentari. Kadang2 terfikir sejenak apa yang kitorg lalui dalam INDOCHINA EXPEDITION ni..bagaikan mimpi! Tapi inilah realitinya..kitorg telah melaluinya dan hadapinya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan menimpa. Misi tetap dikejar.tayargolek tetap diteruskan. Yer..! macam tak percaya..tapi kene percaya..! 10 hari telah berlalu..dan kini berada dekat untuk kembali ke tanahair MALAYSIA.

 

 

 

 

P1040424  

Terapi minda..pemandangan pantai yang cantik.

 

 

P1040427 

…dan bersih. Ibarat mcm belum diterokai. Ade ler 2-3 orang kat sini waktu ni..

 

 

 

P1040415

Diam tak diam matahari semakin tinggi..

 

 

 

P1040426

..dan semakin tinggi..wihuuuuu..! Layan pemandangan pagi ditepi pantai sampai lupa kitorg tak bekfat lagi..wal lau wehh..!!

 

 

 

P1040418

Woooo..! cahaya matahari dah memanchorrrrrrrrr..!

 

 

 

P1040423

Ok laa..last gambiran kitorg kat sini. Lepas ni bekfat jap then amik gambiran sekitar PINK POWER BEACH..

 

 

P1040421  

Laluan masuk ke pantai..kawasan hotel ni sangat redup. Dilitupi pokok2 besar tepi pantai..

 

Dipendekkan cerita..lepas bekfas. Kite tengok2 skit tempat ni..semalam takde kudrat nak amik gambiran :))

 

P1040420

Bangunan utama di Pink Power Beach. Tak sure pulak ni umah owner tempat ni ke atau juga dibuka untuk sewa..

 

 

 

P1040414

Pink Power Beach

 

 

 

P1040428

Penuh dengan dekorasi taman. Warna2nye jugak nampak relax.

 

 

 

P1040430

Aku dah rasa mcm kat planet mana ntah..takde orang langsung. Baik kat kaunter..kat cafe..sampai le kat sini. Mana diorg pigi daaa..

 

 

P1040431

banyak no signboard yang diorg gantung?hehe

 

 

 

P1040432

Bilik ni agak besar skit..

 

 

P1040433

Haa..ni bilik kitorg pulak. Satu row ade 4 bilik. Info & no tepon memey takde. Esok2 jangan tanye aku yer :)

 

 

P1040434

Kawasan yang bersih..sunyi..segar dengan pokok2 bunga. Memey nice le kalo bawak family stay sini. Tapi kene prepare le dgn keadaan tempat ni yang tak banyak kedai makan dan lain2. Rasanya dalam proses membangunkan tempat ni untuk pelancong kot..

 

 

 

P1040435

Port lepaking + gosip2.. :)

 

 

P1040436

Errr….buah ape pulak ni?

 

 

 

P1040437

Kawasan parking pun banyak..dan besar

 

 

 

P1040438

Ni yang aku cakap tadi..redup. Banyak pokok2 beso..

 

 

 

P1040441

P1040448

..dan kat sini ler RED VERSYS & DUSKY BLACK FJR parking..

 

 

P1040442

VIP abis..takdak sapa ganggu

 

 

 

 

P1040443

Deko kat kolam..

 

 

 

 

P1040449

uikkk? Burung Enggang kat Thailand?..hehe

 

 

P1040447

Signboard beso Pink Power Beach..

 

 

 

 

P1040444

Haaa…..kat sebelah parking ni pulak ada mcm hammock ler. Aiisshhhh..! kang aku lepak atas tu kang..

 

 

 

P1040446

View dari depan..

 

 

 

 

P1040439

Syiok gak layan ZZZZZzzzzz kat hammock ni…hmmmm…hehe

 

 

IMG_4445

Perghhhhhhhh…! ni betul2 punye candid baikkkkkkk ni…hahaha. Ntah mcm mana ler blh telolap plak aihh..

 

Nasib baik ler..tersedar. Kalo tau kalu..maunye ride solo2..hahaha.

Ok..lepas ni kitorg nak siap2 untuk perjalanan seterusnya. Jadual perjalanan kitorg dihari ke-11, akan ke Dannok..kire2 700++KM dari sini. 700KM pulak laluan yang dah agak biasa, so boring skit laa kot. ape2 pun..harap cuaca terus panas.

 

Dipendekkan cerita lagi..kire2 pukul 8.30pagi waktu tempatan, tayargolek time la..

 

DSCN2370

tayargolek time..!

 

 

 

 

DSCN2371

700KM+ tayargolek hari ni..phiewww!

 

 

 

DSCN2372

Selamat babai Pink Power Beach..

 

 

 

DSCN2373

Sengaja memperlahankan kelajuan..amik mood untuk gambiran keluar ke jalan utama

 

 

 

 

 DSCN2375

Tak nampak langsung kenderaan lain waktu ni..

 

 

 

 

DSCN2376

Kelihatan beberapa kolam dihujung sinun..tak tau le ape benda diorg buat tu

 

 

 

 

DSCN2377

Cuaca pagi ni so far cerah dan panas..harap mcm ni le sampai ke Dannok. Tapi kalo nak hujan..ape salah nyeee..hehe

 

 

 

DSCN2378

Hmmm…skit berdebu. Kerja2 membuat ‘flyover’ ke sini sedang dijalankan..

 

 

 

DSCN2379 

Tunggu le setahun dua lagi..kot dah meriah tempat ni. Sapa tau kan?

 

 

 

 

DSCN2381

tayargolek diteruskan..skg kitorg dah pun berada di jalan utama..

 

 

 

DSCN2382

Jalan yang cantik..dan viewnya pun ok..

 

 

 

 

DSCN2383

Jalan lurus…aduii boring nyee..

 

 

 

 

DSCN2385

Gerai jual buah nanas…slurrrp! sedap tuu..

 

 

 

 

DSCN2387

agak sedikit berbukit keadaan kawasan disini..ape2 pun kitorg menikmati jalan yang cantik

 

 

 

 

 

 

DSCN2389

Menghala ke menghala ke Chumphon

 

 

 

 

DSCN2390

Dari panas..keadaan bertukar redup. Syiok laa ride waktu2 redup ni..

 

 

 

 

DSCN2391

Matahari dilitupi awan..

 

 

Lepas kire 150KM..kitorg stop jap kat salah satu petrol stesen. Kalo korang nak tau..mood ride time ni hanye mental je mampu bagi semangat untuk teruskan perjalanan. kalo ikutkan mood dah out giler ni…hahaha

 

DSCN2392 

Jumpa 2 bikers Thailand..sempat aku sembang2 skit. Katanya, diorg akan menghala ke Utara sampai Golden Triangle. Lepas tu turun balik…ride safe bross!

 

 

Lepas isi minyak..hmmm..kelaparan muncul tiba2. Nasi Putih + Ayam BBQ memey pilihan aku setiap kali makan froozen food kat 7-Eleven. Nasib baik tak amik Shrim soup skali tadi :)..yummy!

 

 

DSCN2394  

Burrrrrppp..! Alhamdulillah..kenyang beb..! Syukur..ni je la rezeki kitorg pagi ni..hehe. Simple tapi kenyang…takde ler ikan2 beso2 menenggek atas pinggang. Cepat siap..cepat makan..dan cepat sambung tayargolek. ;)

 

 

 

DSCN2398

Settle semua tu..kitorg tayargolek lagi. Kali ni Griffin dah boring lepak depan..so aku take over position lah. Gambiran tetap gambiran bro..hahaha

 

 

 

DSCN2399

Syioknye jalan kat Thailand mcm ni ler…mcm yang korang nampak. Clear ajer..korang tak nak rasa ke? Jom ko Samui..hehehe

 

 

 DSCN2401

Welcome to Chumphon..perjalanan kitorg dah mencecah 230KM setakat ni. Ade lagi kire 500+KM lagi. Adeiii..awat la aku dok sibuk kire baki Km je nih..hahaaaa

 

 

 

DSCN2402

Mood amik gambiran pun kureng dah..

 

Sebenarnya, Griffin ada capture video..tapi terlalu beso pulak file nye. So tak dapat le nak upload kat youtube. Nak edit pun tak sempat..esok2 la ye aku tampal sini..

 

 

 

Stop lagi..

DSCN2403

Stop & berhenti rehat lagi selepas beberapa KM dari Chumphon.

 

 

 

DSCN2404

Tapi time ni nak tayargolek dah..hahaha.

 

 

 

DSCN2405

Tayargolek time..! jalan yang lurus..memey agak bosan. Tapi nak tak nak kene teruskan. Nasib baik la view agak menarik waktu ni. Maksud aku pemandangan langit kebiruan dan awan2 yang ada tu. Itu le yang merawat skit kebosanan waktu ni. Mata ade le mengantuk skit..penangan makan  nasi + ayam BBQ tadi..hhaaamik ubat!

 

 

 

DSCN2406

Aksi potong memotong antara 2 buah loro sedang berlangsung. Layan kan ajee..

 

 

DSCN2408

..dan beberapa ketika, kitorg selamat masuk ke wilayah Surat Thani..”WELCOME TO SURAT THANI”

 

 

 

 

DSCN2409

baru le nampak jalan ni ada penghuni nye..

 

 

 

 

 

DSCN2410

Nice wheather..

 

Geram pulak aku tengok view langit & awan waktu ni..kang aku buat koleksi awan on the bike kang..! hehe

 

 

DSCN2412

Jom..kite teraii. Cer tengok matahari tu..Memanchorrrr cahayanye..!

 

 

 

DSCN2413

Langit kebiruan + kepulan awan dihadapan..

 

 

 

DSCN2415

..ada kalanye awan tebal menutupi kebiruan langit. Ini je lah yang aku mampu share suasana dan keadaan waktu ni. Lain2..takde ape sangat.

 

OK..fokus pada tunggangan semula..

 

 

DSCN2417

stop jap kat traffic light..merah tuu

 

 

 

 

DSCN2419

sambung balik pasal awan..hehe. Serious..aku geram tengok awan2 waktu ni. Inilah kekuasaan Ilahi..menikmati pemandangan dari darat..

 

 

 

 

DSCN2421

..dan ini pulak..tipis2 je bentuknye.. :)

 

alrite beb..! kite stop dulu pasal awan yer..ada rezeki lain aku up lagi gambiran ;)

 

 

 

DSCN2422

Berhenti rehat untuk kali yang ke…..? ntah..malas nak kire. kalo korang ingat lagi 4 NATION RIDE yang lepas..kitorg pon stop kat sini jugak.

 

 

DSCN2424

Parking dibahuu jalan..

 

 

 

IMG_4449

..dua tahun berturut2, port ni menjadi pilihan..sebab takde sape2 kat sini. Relax..sunyi..tu yang terbaik untuk merehatkan badan dan minda.

Tengah2 syiok relak..pekena air sejuk Coca Cola + sebatang dua..

Aku: “fuhh…lega bro..skit lagi nak sampai dah..dlm 200++KM lagi sampai laa kot?”

Griffin: Yer bro..dalam 200 lebih lagi. Kire ride relax2 la..no rush”

Aku: “ sunyi tempat ni..2nd time kite port kat sini. Cuba you imagine kalo Eileen ada time ni..haha”

Griffin: “ arhhh…please bro! hahaha..tak tahan telinga nak dengar. Eeee…tak blh laa dgr nama dia..tension!”

Aku: “ hahaha..alamak! tersebut la bro…aduiii tension..tension..! jom laaa blah…”

 

Then..tetiba jadi stress..kehkehkeh. Kuat tul auraa minah tuu.. :))

 

 

DSCN2426

Tak cite banyak..tayargolek time..!

 

 

 DSCN2431

Hari nampak ada lain macam skit…HARIMAU*AN. Tak blh tulis penuh kang betul2 kejadian..

 

 

 

DSCN2432

..semakin petang. Tapi gelap ni mcm nak hu*an je..

 

 

 

 

DSCN2435

Beberapa ketika lepas tu..kitorg selamat sampai ke Phattalung..

 

 

 

DSCN2436

Phattalung ni mcm aku penah citer..kawasan yang kerap hujan. Nak dijadikan cerita..bateri camera waterproof aku pun dah KO..dan hari pun hujan lebat..selebat2 hujan. Kitorg ada kire2 200KM lagi untuk sampai ke Hat Yai.

 

Ride 2 orang..discussion jadi mudah. Andai kata hujan lebat berterusan sehingga hari gelap, kitorg akan bermalam di Hat Yai je. So itu keputusan pertama.

 

Nasib menyebelahi kitorg..20KM sebelum sampai Hat Yai..hujan pun berhenti. Malah, jalan raya pun kering. Adhoc punye decision..kitorg tukar plan terus utk shooot ke Dannok. Semua dah basah..kesejukan. Cari je la mana2 hotel yang available…8.30malam waktu tempatan kitorg selamat check in hotel di Dannok. Takde gambiran dah. Dah malas nak amik gambiran..al-maklum, hati nak masuk Malaysia je dah ni. Lapar..tak usah cerita laa..nak makan kaw2 nasik ayam goreng + tom yam…wihuuuuuuuu..!

 

Mcm tu la serba sedikit pengalaman ride dihari ke-11..takde ape yang menarik just journey untuk turun ke Selatan Thailand dan masuk semula ke Malaysia. So jarak perjalanan untuk hari ke-11 adalah 735KM mengikut meter RED VERSYS. Esok..kitorg akan mula menjejakan tayar motor masing2 ke tanahair tercinta..MALAYSIA.

 

Tunggu episod akhir INDOCHINA EXPEDITION nanti yer…hari ke-12, Dannok – Kuala Lumpur.

Terima Kasih diatas sokongan rakan2 dan pembaca semua yg tak jemu2 menunggu update dari semasa ke semasa hingga le ke episod akhir nanti. Kite jumpa lagi selepas ini..

 

Adios,

Han

 
Copyright 2010 TayarGolek.Net