2

Musafir Bumi Myanmar D10 Mawlamyine

TayarGolek.Com Thursday, March 14, 2019
Yooossshh...!!

Salam Sejahtera semua..

Harap semua rakan2 dan readers TayaraGolek.Com sihat Sejahtera.

Aku mendapat banyak feedback tentang Islam di Myanmar..tentang masjid dan tentang makananan halal juga tidak terkecuali. Adakah sebagai Muslim selamat apabila tour samada dengan motor atau kenderaan lain? InshaAllah..bagi aku sedikit masa bila balik nanti aku akan buat satu write up tentang pengalaman 8 hari di Bumi Myanmar sebagai seorang Muslim.

D10 (hari ke-11 keseluruhan) MUSAFIR BUMI MYANMAR kitorg berada di Mawlamyine, Myanmar. Perjalanan yang paling jauh sepanjang jelalah Myanmar setakat ni. 490KM terpaksa kitorg lalui melalui route jalan lama. Motorsikal tidak dibernarkan memasuki express highway..so sbb tu lah dari Naypidaw ke Mawlamyine mengambil masa 10jam. Penat? Memey penat..dengan mengantuk sebab tak cukup tido sepanjang ride.

Pukul 3.30pagi kitorg dah bangun. Macam ni lah rutin setiap hari. Lepas solat subuh..tayargolek pukul 5.30 pagi. Sejuk pagi memey lain machiam..tahap gigil. Pakai glove wind proof pun tak berkesan sangat. Tapi pkl 11.00pg panas lain machiam pulak. Panas kering..jerebu tahap tak serius..tapi ada beberapa tempat yang terbakar yang aku nampak sepanjang perjalanan ke Mawlamyine.







10jam riding utk jarak hampir 500KM mmg lama..apatah lagi dengan speed average 50kmj..traffic tak perlu cakap lah memey hari2 macam tu. Otak sentiasa kene alert dengan penduduk tempatan yang attitude menunggang motorsikal dikampung2 tepi jalan yang aku boleh panggil “selamber”. Selamber melintas baik dengan motor atau jalan kaki. Ini antara pengalaman yang perlu dilalui ketika ride di Myanmar.























D10 tak banyak aktiviti yang kitorg buat. Plan mmg ada nak tengok itu dan ini bila sampai di Mawlamyine..tapi disebabkan keletihan yang amat..kitorg decide untuk layan sunset di Tasik Attaran dan berehat. SubhanaAllah..cantik pemandangannya dan banyak burung Camar berlegar2 berterbangan dipersisir sungai Attaran.















Bile dapat tengok suasana petang disini..hilang segala penat lelah. Masa tgh layan sunset.. ada 1 family yang sibuk mencampak kacang kat burung Camar..tour guide kitorg (Kyaw) bersembang dengan mamat tu. Rupa-rupanya mamat tu Muslim dan boleh cakap Melayu. Aku tanya la “penah keje Malaysia?”. Dia kata” 7tahun keje Malaysia kat Pasar Baru,Selayang”. Alhamdulillah..dapat sembang2.

Tak lama lepas tu suara Azan berkumandang. Aku mintak diri dulu sebab nak ke Masjid. Griffin dan Kyaw + driver akan tunggu sampai aku siap solat. 

Masjid Bali Gyi - Mawlamyine, Myanmar :
Inilah masjid tempat aku bersolat Maghrib. Masjid lama lebih 100 tahun yang telah dibina masa zaman British dulu. Ramai jemaahnya..termasuk kanak2. Sebelum ride MUSAFIR BUMI 
MYANMAR, aku agak takut dengan keadaan masyarakat Myanmar 
terhadap orang Islam..sebab kite terlalu dipropakan dengan Myanmar anti Islam. Semuanya SALAH..pandangan dan andaian aku meleset sama sekali. Muslim dan Non-Muslim hidup seperti biasa..suara Azan bebas dilaungkan. Allahu Akbar!









Lepas solat, makan malam..ada restoren halal disini. Sedap pun sedap..harga murah. So sapa2 datang sini nanti boleh singgah makan sini. Ada goreng-goreng..padu baq ang.

Halal Food Mawlamyine:
Yuu Nann Pan Thay Restaurant.







Sekian coretan untuk kali ini.

Jumpa lagi.


Adios,
Han

Mawlamyine, Myanmar

3

Musafir Bumi Myanmar D9 Naypidaw

TayarGolek.Com Monday, March 11, 2019
Yooossshh...!!


Salam Sejahtera semua..

Hari ni dah 11 Mac..maka dah lebih seminggu MUSAFIR BUMI MYANMAR berlangsung. Tinggal beberapa hari lagi bakal berakhir ride ni. Kitorg akan keluar dari Bumi Myanmar pada 13 Mac..tinggal 2 malam je lagi termasuk hari ni. 

D9 (hari ke-10) kitorg mula keluar dari bandar Mandalay ke Naypidaw..jaraknya kira2 310KM. Start tayargolek pkl 6.30pagi. Sini subuh pkl 5.05pagi..so senang nak rancang tayargolek awal. Ride yang relax..santai de mantai..sampai Naypidaw pkl 12.30t/hari (6jam) perjalanan. Jalan bumpy..traffic agak ok..tapi tak berani nak laju sbb motor keluar masuk..melintas jalan. Lembu sana sini..melintas jalan tak bagi signal..aduii. Teramat bahaya wituuu..






Cuaca masih panas kering..suhu pagi memey sejuk. Even dh tengahari pun masih lagi dingin. Kurang berpeluh. Berjerebu skit sbb bau asap..debu2..aku hampir as sebenarnya..dari semalam dah start lain machiam tekak ni. Bersin tak tak yah citer..dalam helmet ntah berp kali sambung menyambung😂







Ok..selingan tu. Tapi hari terasa lemau betul ride hari ni..mengantuk satu hal. Sebab kitorg dah mula turun ke border.


Sampai Naypidaw..kitorg akan singgah 2 tempat. Sebenarnya 3..tapi satu tempat lagi tak boleh masuk. Naypidaw Pagoda dan 20 lane kitorg dapat masuk sebab ada tour guide. Tourist Police bagi kebenaran. Incase kalo van tour guide lambat sampai..dan kitorg try masuk sendiri..confirm kene halau..huhu. Alhamdulillah..semua dipermudahkan.

Sedikit gambiran hari ni. Gambiran di 20 Lane Naypidaw beloum dapat dari tour guide. Dah ada nanti aku update






























Lepas setel semua..checkin hotel dan rehat. Tapi sebelum tu..topup 100ml engine oil dulu. Motor FZ ni yang dah aku test akan kurang 100ml selepas 3500km. Green Envy (motor Griffin) so far ok. EO masih diparas yang baik. Total distance setakat ni mencecah 3593KM. Dah setel bab motor..baru lah rehat.Dapat laaa qada tido 1 jam sebelum keluar balik makan dan singgah masjid di Pyimana.

Jasmine Halal Food - Naypidaw:
Makanan Halal (Halal Food) di Naypidaw terletak di Pyimana kire2 10KM jauhnya. Naypidaw ni ibarat Putrajaya.. banyak bangunan 

Myanmar kat sini. So kene keluar skit.
























Makan kat kedai ni..kitorg order Nasi Goreng Daging 2 + Telor Dadar 2. Nescafe panas 4🤭...total 9800Kyat. Air nescafe tuan kedai belanja. Alhamdulillah..moga murah rezeki.

Masjid Jamek Mingalar:
Ngam2 abis makan..suara Azan mula kedengaran. Waktu Maghrib masuk pukul 6.20ptg. Terus ke masjid..solat Jamak Maghrib-Isyak. Ramai jemaahnya..cuma bila sampai masjid ni diorg dah selesai solat.i Berhadapan masjid ada sekolah(Madrasah). Patut la nampak ramai budak2 tadi.
























Abis solat..ada beberapa jemaah tengah buat Ta’lim. Rindu dengan Ta’lim..biasanya kat surau abis doa, aku akan buat Ta’lim baca 1-2 hadith. InshaAllah..Ahad ni sampai rumah..

Selesai semua..balik hotel terus. Tak singgah mana2. Nak rehat lebih skit sbb esok perjalanan paling jauh sepanjang ride di Myanmar. Total distance esok 494KM.



 InshaAllah esok aku update lain jika berkesempatan. Terima Kasih sudi baca..harap ada manfaatnya nanti. Jariah kecil-kecilan🤭.

Jumpa lagi..


Adios,
Han
Naypidaw, Myanmar 










 
Copyright 2010 TayarGolek.Net